Penafian |  

Untuk Pengguna Kurang Upaya, Pilih sebarang teks dan klik butang di bawah

PROJEK TERMINAL AGRIBISNES NEGARA (TEMAN)

Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) merupakan sebuah organisasi milik penuh FAMA yang memegang peranan sebagai sebuah pusat pembekalan makanan moden yang menghubungkan pengeluaran dengan penggunaan. Operasi Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) adalah berteraskan kepada suatu sistem pemborongan dan pengedaran yang berintegrasi di mana transaksi pasaran akan dilaksanakan secara telus dan cekap berasaskan penzahiran dan perkongsian maklumat.

 
PRASYARAT TERMINAL AGRIBISNES NEGARA (TEMAN)
 

Untuk memenuhi prasyarat Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) sebagai sebuah pusat pembekalan makanan moden, beberapa perubahan kepada aspek operasi dan teknologi perlu berlaku. Perubahan-perubahan ini termasuklah perubahan kepada:

  1. Kaedah kawalan kualiti
  2. Kaedah pembungkusan dan pengedaran
  3. Saluran pemasaran
  4. Kaedah jualan
  5. Penggunaan ruang pasaran
  6. Prasarana pasaran yang “bestari”
 
VISI
 

Visi perniagaan Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) adalah “Menjadi pusat pembekalan atau pasar borong keluaran pertanian contoh yang beroperasi secara cekap, telus dan terjaga daripada segi kualiti produk dan perkhidmatan bagi meningkatkan kualiti hidup kesemua golongan di samping meningkatkan sumbangan keluaran pertanian kepada Keluaran Negara Kasar.”

 
MISI
 

Misi perniagaan Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) adalah “Dalam masa lima (5) tahun akan datang, Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) akan menjadi penyumbang utama negara dalam pemborongan dan pengagihan keluaran pertanian dan meningkatkan jumlah dan volum pasaran eksport bagi buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan. Di samping meningkatkan langkah keselamatan dan penjagaan kualiti keluaran pertanian, Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) juga menawarkan kepelbagaian produk bagi memenuhi kehendak pelbagai golongan pembeli.”

 
FALSAFAH PERNIAGAAN TERMINAL AGRIBISNES NEGARA (TEMAN)
 

Sebagai sebuah institusi kerajaan, asas kewujudan Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) adalah untuk member perkhidmatan dan nilai kepada masyarakat yang tidak dapat dipenuhi oleh swasta.

 
OBJEKTIF
 

Objektif Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) termasuklah:

  1. Untuk membangun dan mentransformasikan prasarana pemasaran produk pertanian dan makanan.
  2. Untuk meningkatkan dan mempromosikan amalan terbaik industri daripada segi kualiti, pensijilan, penggredan, pembungkusan, pelabelan dan kepiawaian mutu makanan
  3. Untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan sistem agihan dan pengedaran yang cekap bagi perniagaan agro.
  4. Untuk menghasilkan kecekapan pasaran dengan mewujudkan suasana persaingan yang sihat di kalangan pembekal dan pemborong dengan menggunapakai mekanisma perletakan harga yang adil dan telus.
 
LOKASI
 

Dua lokasi telah dikenalpasti dan sesuai untuk pembangunan Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) iaitu:

  1. Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) Ipoh, Perak
  2. Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) Kota Bharu, Kelantan                   
 
PENGGUNA TERMINAL AGRIBISNES NEGARA (TEMAN)
 

Segmen pengguna Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) merangkumi golongan-golongan berikut:

  1. Pengeluar/pengimport/pemunggah dan pengangkut/ persatuan pengeluar/ koperasi pengeluar dan dikategorikan sebagai pembekal atau agen kepada pengeluar
  2. Pemborong Utama
  3. Agen Pasaran
  4. Orang tengah/pembeli institusi/pembeli perniagaan/ peruncit/ pembida atau dikategorikan sebagai pembeli institusi dan perniagaan.
  5. Pemborong
  6. Lain-lain pengguna (termasuk agensi kerajaan, NGO, pengguna akhir, komuniti setempat, dll.)                 
 
NILAI-NILAI TERMINAL AGRIBISNES NEGARA (TEMAN)  (KELEBIHAN)
 
  1. Kecekapan Pasaran
    • Harga berpatutan bagi pengguna
    • Pulangan tinggi bagi petani/ pengeluar
    • Saluran agihan terus
    • Kualiti makanan terjaga
    • Imbangan antara bekalan dan permintaan
    • Innovasi produk
  2. Ketelusan Pasaran
    • Penentuan harga yang berkesan
    • Harga yang adil dan realistik
    • Perkongsian dan penyebaran maklumat pasaran
  3. Keselamatan dan Kawalan Mutu Makanan
    • Mengawal keselamatan dan mutu makanan
    • Bebas dari bahan-bahan yang memudaratkan kesihatan
  4. Bekalan yang Mencukupi dan Stabil
    • Bahan makanan utama disediakan pada kuantiti yang mencukupi
    • Mengurangkan tekanan inflasi harga dari kekurangan bekalan
  5. Kualiti Perkhidmatan
    • Perkhidmatan yang komprehensif
    • Cepat
    • “Value for money”
    • Mesra pengguna
    • Sistematik dan berpandukan amalan terbaik
  6. Peningkatan Penyertaan Bumiputera
    • Meningkatkan bilangan usahawan Bumiputera
    • Meningkatkan skel perniagaan pemborong Bumiputera sedia ada
    • Meningkatkan daya saing Bumiputera
 
Pages: 1  2