Program Pembangunan Produk & Penjenamaan Program Pembangunan Produk & Penjenamaan

PENJENAMAAN AGROMAS DAN OLEMAS

Pengenalan
 
Agromas adalah jenama yang dibangunkan oleh pihak FAMA yan mana pihak FAMA bertanggungjawab memasarkan produk-produk tersebut.
OleMas adalah jenama yang dibangunkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan merupakan jenama nasional bagi produk-produk PKS tempatan yang mana pihak FAMA membantu menguruskan pemasaran bagi produk-produk tersebut.
Tujuan
  • Meningkatkan imej produk dari segi penjenamaan, rekabentuk pembungkusan, grafik dan pelabelan agar dapat berdaya saing dan kompetitif dipasaran.
  • Meningkatkan jualan dan membezakan dengan produk pesaing.
  • Untuk membantu usahawan bagi meningkat dan memperluaskan saiz pasaran produk yang dikeluarkan.
Skop Perkhidmatan
Perkhidmatan yang diberikan kepada usahawan PKS adalah seperti berikut:
  • Memberi khidmat nasihat dari segi penjenamaan, pelabelan dan pembungkusan.
  • Mengadakan program promosi dan 'in-store promotion' dan hebahan media.
  • Pemilihan produk-produk PKS yang bersesuaian untuk dijenamakan atas nama jenama AgroMas mengikut syarat-syarat dan terma-terma yang telah ditetapkan oleh pihak FAMA.
  • Merekabentuk pembungkusan produk usahawan PKS serta menjenamakan produk PKS tersebut kejenama AgroMas.
Syarat-syarat mendapatkan perkhidmtan
  • Mempunyai produk yang berpotensi untuk dimajukan.
  • Produk yang hendak dijenamakan adalah produk usahawan PKS sendiri.
  • Nilai jualan SKU yang dipohon - RM50,000 >/ tahun.
  • Keputusan Program audit Pembekal (PAP) Gred B.
  • Mempunyai Sijil Halal dan GMP.
  • Mematuhi Akta Makanan.
  • Ciri-ciri produk untuk penjenamaan:
    - Unik.
    - Kurang Pesaing.
    - Berpotensi untuk berkembang.
    - Mendapat permintaan ramai.
Cara-cara memohon
  • Setiap permohonan mestilah melalui Pengarah Negeri masing-masing.
  • Pemohon perlu mengisi borang IAT 01-04/05 dan disertakan:
    - Sampel Produk.
    - Profil Produk.
    - Salinan pendaftaran Perniagaan.
    - Salinan Sijil Halal.
    - Salinan Sijil GMP/ISO dan yang berkaitan.
    - Data nilai jualan produk dan SKU yang dipohon selama setahun.
    - Senarai outlet edaran sedia ada dan nilai jualan selama setahun.
    - Laporan jualan promosi dan kajian potensi pengguna.
    - Sebutharga produk.
24 Julai 2017 10:21 AM