Untuk Pengguna Kurang Upaya, Pilih sebarang teks dan klik butang di bawah
|
PENGUKUHAN PASARAN | Skop Perkhidmatan FAMA - Menganjurkan / menyertai misi pemasaran dan pelaburan.
- Menyertai pameran perdagangan luar negara.
- Menganjur promosi dalam pasaraya (in-store promotion) di luar negara.
- Pengaturan Pasaran.
Kumpulan Sasaran - Pengimport berpotensi luar negara
- Pengeksport / pengeluar hasil pertanian segar
- Pengeksport / usahawan yang mengeluar atau memasarkan produk makanan.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan - Ruang Promosi untuk menyertai Pameran Perdagangan.
- Ruang untuk menyertai promosi jualan/promosi dalam pasaraya (in-store promotion) anjuran FAMA.
- Membiayai kos untuk khidmat penterjemah bahasa ketika menyertai program bersama FAMA di luar negara.
- Membiayai kos hantaran sampel produk ketika menyertai program bersama FAMA di luar negara.
- Mengatur pertemuan dengan bakal pembeli luar negara.
Syarat-Syarat Mendapatkan Perkhidmatan - Perniagaan mesti didaftarkan sekurang-kurangnya bertaraf enterprise.
- Perniagaan perlu didaftarkan dengan Cawangan Promosi, Ibupejabat FAMA.
- Produk mempunyai potensi untuk dipasarkan.
- Berkeupayaan untuk membekal produk yang diperlukan sekiranya mendapat tempahan.
Cara Memohon Permohonan secara bertulis boleh dibuat kepada Cawangan Promosi, Ibupejabat FAMA atau mengisi borang permohonan penyertaan yang boleh didapati menerusi laman web FAMA. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Pengarah Cawangan Promosi di talian 61264051 dan fax 61365597. |
|