Regulatori Regulatori

PENGELUARAN KUOTA MENGIMPORT KOBIS BULAT

Peraturan Yang Terlibat

Perintah Kastam (Larangan Impot), 1998

Skop Dan Bidang Kuasa FAMA

Pengeluaran Kuota Import
Pengesahan Permit (AP) Impot - Borang JK69

Tempoh Sah Kuota

Satu tahun atau lebih, mengikut surat tawaran.

Syarat-syarat Permohonan

  • Pemohon mesti mempunyai syarikat yang berdaftar dan status perniagaan hendaklah berkait dengan perniagaan sayur-sayuran.
  • Pemohon yang telah mendapat kontrak membekal sayur untuk institusi-institusi pengguna termasuk mana-mana jabatan kerajaan/badan berkanun akan diberi keutamaan.
  • Pemohon mesti bergiat secara langsung dalam pemasaran sayur-sayuran (pemborongan/peruncitan) sekurang- kurangnya 6 bulan bagi Bumiputera dan 3 tahun bagi bukan Bumiputera.
  • Sekurang-kurangnya 70% daripada jumlah transaksi pemborong mesti terdiri daripada kobis bulat tempatan.
  • Pemohon mempunyai premis perniagaan sendiri serta mempunyai kelengkapan/peralatan yang lengkap untuk mengendalikan perniagaan mengimport dan menjual sayur.
  • Borang yang dihantar ke pejabat FAMA akan disemak terlebih dahulu bagi memastikan borang yang lengkap sahaja diterima.
  • Yuran proses adalah RM200.00 bagi setiap permohonan yang diterima untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Mentadbir Lesen Impot/Ekspot Hasil-hasil Pertanian.

Cara Memohon

Permohonan Baru

Dapatkan Borang Permohonan Kuota Import (Baru/Tambahan), iaitu Borang AP1 (Pindaan 2004), daripada mana-mana Pejabat FAMA Negeri, atau Bahagian Penggredan dan Kawalan, Ibu Pejabat FAMA, dengan harga RM5.00. Dokumen berikut perlu disertakan:

  • Salinan maklumat perniagaan terkini daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  • Penyata bank pemohon bagi 6 bulan terakhir.
  • Kelengkapan / Kemudahan dan Rekod Perniagaan:
    • Salinan Daftar Hakmilik/Geran kenderaan
    • Salinan Surat Perjanjian Sewa kenderaan.
    • Salinan Daftar Hakmilik/Geran premis perniagaan
    • Salinan Surat Perjanjian Sewa premis perniagaan
    • Salinan Penyata KWSP/PERKESO (3 tahun)
    • Salinan Laporan Perniagaan/Syarikat yang telah diaudit
    • Salinan Penyata Cukai Pendapatan bagi 3 tahun terakhir
    • Penyata Untung/Rugi Bulan Lepas
  • Maklumat Bekalan:
    • Salinan Surat Pengesahan Pembekalan/Surat persetujuan.
    • Salinan Penyata Transaksi Belian (3 bulan).
  • Maklumat Jualan
    • Salinan Surat Perjanjian Kontrak Jualan/ Belian
    • Salinan Penyata Transaksi Jualan (3 bulan).
  • Dokumen/Surat Sokongan daripada Jabatan/Agensi/Pertubuhan Dokumen/Surat Sokongan (jika ada)
  • Borang AP1 yang diisi dengan lengkap perlu dihantar kepada:

  • Ketua Pengarah
    Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
    Bangunan FAMA Point
    Lot 17304, Jalan Persiaran Satu
    Bandar Baru Selayang
    68100 Batu Caves.

Proses Pengeluaran Permit Import (AP)

  • Pemegang Kuota Mengimport Kobis Bulat dikehendaki memohon permit import (AP) secara elektronik (E-permit).
  • Setelah diluluskan oleh FAMA dan diakui oleh pihak Kastam secara elektronik, pemegang kuota hendaklah mencetak Borang JK69 dan membawanya ke pejabat FAMA terpilih, iaitu Ibu Pejabat FAMA atau Pejabat FAMA Negeri Johor, Pulau Pinang, Kelantan, Sabah atau Sarawak, untuk ditandatangani. Bagi pengimportan berkontena, pemohon hendaklah menyertakan bersama Commercial Invoice dan/atau Bill of Lading konsainmen tersebut.
  • Yuran sebanyak RM10.00 (pra-bayar) akan dikenakan bagi setiap permit yang diluluskan.

Tempoh Sah Permit Import

Mengikut bulan atau tempoh yang disebut dalam permit sahaja.

Permohonan Untuk Kuota Tambahan

Cara untuk memohon Kuota Tambahan bagi mengimport kobis bulat adalah sama seperti proses membuat permohonan baru.

20 Ogos 2014 03:01 PM