Untuk Pengguna Kurang Upaya, Pilih sebarang teks dan klik butang di bawah
|
PENEROKAAN PASARAN | Skop Perkhidmatan FAMA - Menganjurkan/menyertai misi pemasaran dan pelaburan.
- Misi pencarian maklumat pasaran.
- Menyertai pameran perdagangan luar negara.
- Menganjurkan promosi dalam pasaraya (in-store promotion) di luar negara.
- Pengaturan pasaran dan pemadanan perniagaan.
- Promosi bersama Kedutaan Besar Malaysia / Agensi.
Kumpulan Sasaran - Pengimport berpotensi luar negara
- Pengeksport/pengeluar hasil pertanian segar
- Pengeksport/usahawan yang mengeluar atau memasarkan produk makanan
Perkhidmatan Yang Ditawarkan - Ruang promosi untuk menyertai pameran perdagangan.
- Ruang untuk menyertai promosi jualan/ promosi dalam pasaraya (in-store promotion).
- Membiayai kos untuk khidmat penterjemah dan promoter.
- Membiayai kos hantaran sampel produk ketika menyertai program bersama FAMA di luar negara.
Kriteria Pengeksport Yang Layak Mengikuti Program Pameran Perdagangan Luar Negara Bersama FAMA - Mempunyai kaitan memasarkan produk keluaran petani di bawah program Kontrak Ladang FAMA.
- Menggunakan input dari keluaran petani Kontrak Ladang bimbingan FAMA untuk pemprosesan.
- Menggunakan jenama Mlaysia's Best sebagai jenama produk melambangkan kualiti dan keselamatan produk atau mendapat sumber bekalan daripada ladang SALM / Malaysia's Best.
- Mempunyai komitmen untuk memasarkan produk AGROMAS atau produk keluaran usahawan bimbingan FAMA / Agensi di bawah MOA.
- Terlibat memasarkan produk usahawan MPPB untuk faedah bersama.
- Memperolehi tempahan/pesanan produk daripada penyertaan pameran yang disertai sebelumnya di sesuatu pasaran.
|
|