Program Keusahawanan Pasar Tani Program Keusahawanan Pasar Tani

PASAR TANI KEKAL

Pengenalan
 

Pasar Tani Kekal adalah satu projek pembangunan bagi menonjolkan kepesatan perubahan dan kemajuan Pasar Tani Runcit. Peserta Pasar Tani Kekal akan ditempatkan di bawah satu bumbung dan mereka akan menjalankan perniagaan setiap hari. Situasi ini akan meningkatkan volume urusniaga dan secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan masalah pemasaran hasil-hasil pertanian yang dikeluarkan setiap hari. Pasar Tani Kekal akan mengekalkan kedudukan Pasar Tani Runcit iaitu memberi tumpuan kepada produk segar dan berkualiti pada harga yang berpatutan.

Pasar Tani Runcit telah muncul sebagai alternatif kepada pengguna, tetapi memandangkan operasinya satu atau dua kali seminggu, ianya tidak dapat memenuhi keperluan pemasar dan pengguna. Sebab itu Pasar Tani Kekal perlu diwujudkan terutama di kawasan bandar dan di pekan-pekan besar yang mempunyai bilangan penduduk yang agak ramai. Projek Pasar Tani Kekal mampu mengangkat martabat peserta usahawan tani di seluruh negara ke arah menyediakan premis/ruang pemasaran yang lebih kemas, menarik dan teratur.

 
Tujuan
  • Mengangkat martabat peserta Pasar Tani  yang berniaga di bawah payung ke premis kekal supaya boleh memasarkan produk mereka di tempat yang lebih selesa
  • Mewujudkan premis pemasaran yang kekal dan lengkap bagi menjamin kecekapan aktiviti pemasaran.
  • Membangunkan sistem pemasaran yang cekap,telus dan lengkap.
  • Memberi penjenamaan kepada Pasar Tani di kalangan pengguna sebagai "Pasar Tani sebagai Pasar Pilihan".
Skop Perkhidmatan FAMA
  • Penyediaan peluang perniagaan dalam bidang peruncitan secara penyewaan premis
  • Pelaksanaan di kawasan lebuhraya sahaja
  • Khidmat nasihat
    • kursus
    • maklumat pasaran
    • program mentor-mentee
    • pemadanan perniagaan (business matching)
    • promosi dan jualan
Kumpulan Sasaran
  • Peserta terbaik daripada kalangan usahawan peruncitan industri asas tani, peruncitan buah, serta perniagaan makanan dan minuman.
Cara Memohon

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Bahagian Pembangunan Usahawan Ibu Pejabat dan Pejabat FAMA yang berhampiran atau muaturun borang di sini.
 
Hantar permohonan yang lengkap kepada:
Cawangan Pembangunan Usahawan, Ibu Pejabat FAMA atau Pejabat FAMA yang berhampiran.
21 Oktober 2014 03:13 PM