1 Malaysia Best 1 Malaysia Best
1Malaysia Best merupakan satu Perakuan Jenama (Endorsement Brand) yang melambangkan identiti Malaysia untuk meningkatkan jualan dan profil produk-produk berasaskan pertanian di pasaran tempatan dan global
 
Objektif

Secara amnya, objektif jenama 1Malaysia Best adalah:

  • Mewujudkan satu jenama yang berkesan dan menyeluruh oleh pihak Kementerian bagi pasaran global dan tempatan.
  • Membantu menaikkan taraf produk-produk berasaskan pertanian keluaran tempatan bagi pasaran antarabangsa.
  • Meningkatkan penggunaan dan permintaan antarabangsa bagi produk-produk berasaskan pertanian.
  • Mewujudkan kestabilan dalam setiap situasi dan keadaan ekonomi.
 
Penerangan Logo Malaysia's Best
  • Identiti 1Malaysia diadaptasikan dan dikembangkan dengan penambahan perkataan ‘Best'.
  • Lambang mercu tanda Malaysia yang menterjemahkan identiti Malaysia diperingkat global.
  • Lingkaran berbentuk bujur bagi menonjolkan kekukuhan logo dengan penampilan imej yang jelas dan nyata.
  • Garisan berbentuk separa bumi menunjukkan segala produk yang dihasilkan adalah bertaraf dunia untuk pasaran global.
24 Julai 2017 10:21 AM