MyAgrosis MyAgrosis

 

PROGRAM KELAB USAHAWAN SISWAZAH TANI (MYAGROSIS)

LATAR BELAKANG :

Kesedaran terhadap kepentingan pertanian sebagai enjin ketiga kepada ekonomi negara memerlukan golongan belia dalam menjamin kesinambungan kepentingan sektor ini. Sejajar dengan matlamat ‘Wawasan 2020', keperluan untuk menjana golongan belia yang berilmu sebagai pelapis dan peneraju dalam merealisasikan transformasi pertanian kearah sektor yang lebih moden dan berteknologi tinggi telah menjadi titik tolak kepada penubuhan program MYAGROSIS. Program ini berperanan sebagai pemangkin kepada proses percambahan minat dan penglibatan siswa-siswi di Univesiti Awam (UA), Politeknik (Poli) dan Kolej Vokasional (KV) dalam projek-projek Agropertanian melalui Kelab MYAGROSIS. Pemupukan minat, kecenderungan dan penglibatan terus golongan graduan/siswazah ini sebagai pelapis dan pewaris dalam sektor ini akan dapat meneruskan proses transformasi pertanian kearah sektor yang lebih moden, berteknologi tinggi, dinamik dan berdaya saing secara global.

TUJUAN :

  1. Memupuk minat dalam bidang keusahawanan pertanian dikalangan mahasiswa UA/Politeknik/KV sejajar dengan slogan ‘Pertanian Adalah Perniagaan'
  2. Memberi pendedahan asas kepada mahasiswa UA/Politeknik/KV dalam bidang pertanian yang boleh dijadikan sebagai pilihan kerjaya yang utama.
  3. Memberi kesedaran kepada mahasiswa UA/Politeknik/KV tentang peranan dan perhatian Kerajaan terhadap kepentingan golongan belia dan mahasiswa sebagai pelapis serta pewaris bangsa dan negara dalam kemajuan industri makanan negara.
  4. Membantu meningkatkan nilai-nilai keusahawanan tani dan asas tani dikalangan mahasiswa.
  5. Mendorong kelahiran usahawan tani yang moden, dinamik dan berdaya saing dikalangan graduan UA/Politeknik/KV.
INPUT
OUTPUT
OUTCOME & IMPAK
  1. Memberi kesedaran kepada  mahasiswa UA/Politeknik/KV bahawa kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada peranan  mahasiswa dan belia di dalam membangunkan negara.
     
  2. Memberi pendedahan kepada siswazah untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian sejajar dengan slogan "Pertanian Adalah Perniagaan".
  1. Melahirkan mahasiswa/graduan lepasan UA/Politeknik/KV yang berminat untuk menceburi bidang  pengeluaran & pemasaran produk berasaskan pertanian.
     
  2. Melahirkan golongan siswazah usahawan tani siswazah yang kreatif, moden,  berkeyakinan dan mempunyai daya saing  tinggi dalam bidang pengeluaran & pemasaran  dengan teknologi  & inovasi  kearah pertanian moden.
  1. Menyediakan golongan pelapis  yang berilmu sebagai pemangkin kepada sektor pertanian negara bagi menerajui proses transformasi  pada kadar yang cepat dan berkesan.
     
  2. Meningkatkan  daya saing produktiviti , kualiti, pengeluaran dan  pemasaran pertanian negara berasaskan output berkualiti yang berterusan sebagai outcome.

 

PROJEK – PROJEK MYAGROSIS :

Melalui  Kelab MYAGROSIS id UA/Politeknik/KV, mahasiswa yang berminat akan menjadi ahli dan menerima Kad Keahlian MYAGROSIS yang akan dikeluarkan oleh pihak Agrobank. Projek-projek berasaskan kepada pertanian dan keusahawanan akan dipilih dan dijalankan di dalam kawasan UA/Politeknik/KV secara bersama dengan Jabatan dan Agensi MOA sebagai pembimbing yang telah dipadankan bagi setiap UA/Politeknik/KV. Peruntukan bagi pelaksanaan projek pada peringkat awalan akan disalurkan melalui Jabatan dan Agensi padanan yang bertanggungjawab. Keuntungan projek yang dijalankan akan disalurkan ke dalam akaun Kelab sebagai modal pusingan pengurusan projek seterusnya. Projek K-Shoppe dibawah Agro Niaga telah ditetapkan sebagai projek pertama yang wajib dijalankan di semua UA/Politeknik/KV sebagai projek perintis. Projek-projek lain dibawah pelaksanaan Kelab MYAGROSIS adalah:

  • Agro Niaga
    Merangkumi bidang perniagaan tani, peruncitan, pemprosesan, pemasaran dan industri asas tani.
  • Agro Ladang
    Merangkumi bidang perniagaan tani penanaman, perikanan, penternakan, landskap dan florikultur.
  • Agro Inovasi
    Merangkumi bidang perniagaan tani berasaskan kreatif tani, inovasi R&D, pelabelan, pembungkusan, dan pembaharuan produk serta pemodenan mesin-mesin asas pertanian yang bersaiz kecil.

Pages: 1  2  3