Kontrak Pemasaran Kontrak Pemasaran

LADANG KONTRAK

Perkhidmatan Sokongan Dari FAMA
 
  1. Kemudahan Infrastruktur
    Infrastruktur disediakan di peringkat ladang bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan pemasaran. Kemudahan yang disediakan ialah Pusat Pengumpulan Ladang yang berfungsi sebagai tempat menjalankan aktiviti pengendalian lepas tuai, penggredan, pembungkusan dan pelabelan. Peralatan yang sesuai akan disediakan mengikut keperluan aktiviti pengendalian tersebut.

  2. Maklumat Pasaran
    Maklumat pasaran disediakan sebagai panduan dan bahan rujukan bagi memudahkan pengeluar membuat keputusan berkaitan dengan pengeluaran dan pemasaran. Maklumat pasaran yang disediakan adalah seperti berikut:-
    • Maklumat harga (di peringkat ladang, borong dan runcit)
    • Maklumat bekalan dan permintaan
    • Kajian potensi pasaran
    • Senarai perantara pasaran

  3. Khidmat Nasihat dan Rundingan
    Khidmat nasihat disediakan bagi membantu dan memudahkan pengeluar membuat keputusan memilih jenis tanaman atau ternakan yang ingin diusahakan dan yang memenuhi keperluan dan kehendak pasaran. Panduan pemasaran juga disediakan bagi memudahkan pengeluar memasarkan hasil keluarannya dengan lebih berkesan.

  4. Penerokaan dan Pembangunan Pasaran
    Penerokaan dan pembangunan pasaran dijalankan secara berterusan bagi memastikan pengeluar mendapat pasaran bagi hasil yang dikeluarkannya. Aktiviti ini dijalankan di dalam dan di luar negara melalui misi perdagangan, promosi, pameran, ekspo dan lawatan.
Perkhidmatan Sokongan Dari Jabatan/ Agensi Lain
 
  1. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
    • Pembiayaan infrastruktur asas
    • Penyaluran input awal
    • Pembiayaan infrastruktur pengeluaran dan pemasaran
    • Pengaturan program latihan
    • Penyediaan kemudahan komunikasi/ICT

  2. Jabatan Pertanian
    • Khidmat nasihat pengembangan
    • Bantuan insentif pertanian
    • Latihan dan kursus teknikal dan motivasi
    • Penyertaan skim SALM

  3. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
    • Bantuan Input Petanian
    • Bantuan Bahan Input Tambahan
    • Latihan dan kursus teknikal dan motivasi
    • Kemudahan Infrastruktur

  4. MARDI
    • Research & development
    • Perkhidmatan bimbingan
    • Program latihan
Kumpulan Sasar
  1. Petani/Peladang/Penternak individu
  2. Projek berkelompok
  3. Pengeluar komersil
  4. Projek-projek di bawah agensi kerajaan
Syarat-syarat Untuk Menyertai Ladang Kontrak
  1. Individu Perseorangan/Kelompok Petani/Syarikat
  2. Memiliki kawasan tanah tapak projek dengan pemilikan/sewaan yang sah disisi undang-undang
  3. Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam projek tanaman yang diusahakan
  4. Berpengalaman dalam pengeluaran komoditi buah yang diusulkan
  5. Mempunyai modal kerja yang mencukupi
Komoditi Dalam Ladang Kontrak
 
13 jenis buahan yang tersenarai di dalam Ladang Kontrak ialah:-
  1. Belimbing – B 10, B 17
  2. Betik – Eksotika, Sekaki/Hong Kong, Subang/Batu
  3. Mangga – Chokanan, Harumanis
  4. Nanas – Morris, Josaphine, N 36, Gandul
  5. Tembikai – Merah Tanpa Biji, Wangi, Golden Langkawi
  6. Pisang – Berangan, Mas, Cavendish, Tanduk, Rastali
  7. Jambu Batu – Thai Tanpa Biji, Kampucea GU 8, Klom Toon Klao GU 9, Klom Sali GU 10
  8. Pitaya – Isi Merah, Isi Putih
  9. Limau – Madu, Bali KK2/Melonmas, Bali PO 51/Sha Ting, Bali PO 52/Tambun
  10. 10. Nangka – J 31/NS 1, J 29
    Cempedak – CH1, CH27, CH28, CH32
  11. Rambutan – Anak Sekolah, Deli
  12. Manggis
  13. Durian – D 24, D 101

16 jenis sayur-sayuran yang tersenarai dalam ladang kontrak ialah:
  1. Cili – Kulai, Batu Pahat, Minyak, Korean Hot (hybrid) (bawah pelindung hujan& serangga)
  2. Tomato – Holand:1039, 322, 263, Denmark 163, Baccarat (sistem fertigasi)
  3. Kubis – KY Cross (tanah tinggi), Tropicana
  4. Kacang Buncis – White Flower/putih
  5. Kacang Panjang – 388, 328
  6. Kacang Bendi – Hijau (5 segi), Putih (7 segi), 989
  7. Timun – 118, 980
  8. Terung – 302, 312, 1540
  9. Petola – tempatan terpilih, F1 (Thailand-hijau/putih)
  10. Halia Tua - Bentong
  11. Labu – Taiwan 767
  12. Keledek – VitAto, tempatan terpilih
  13. Ubi Kayu – kuning, putih, Sri Pontian
  14. Tebu - Telor
  15. Jagung – F1 522, 969
  16. Roselle – UM-UKL 1
Pages: 1  2  

23 April 2014 03:35 PM