Pengenalan Program ini dikenali sebagai program pembangunan usahawan GERAI BUAH-BUAHAN SEGAR atau nama singkatannya GBBS. Fokus program ialah membangunkan usahawan pemasar buah-buahan dalam pasaran peruncitan yang lebih teratur dan seragam. |
| |
| Konsep |
- GBBS adalah gerai milik usahawan yang dipilih oleh FAMA untuk dibangunkan.
- GBBS menampilkan imej yang menarik, teratur, kemas dan peragaan yang seragam di seluruh negara dari segi rekabentuk kanopi, rak jualan buah, penggunaan warna dan bahan-bahan promosi
|
| |
Antara Gerai Buah- Buahan Segar yang telah dibangunkan: 
|
| |
| Objektif |
- mewujudkan rangkaian gerai buah-buahan tempatan sebagai saluran alternatif kepada pengguna mendapatkan buah-buahan tempatan berkualiti dengan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
- Sebagai salah satu saluran alternatif mengurangkan masalah pemasaran buah-buahan tempatan.
- Membantu usahawan gerai buah-buahan memperkembangkan urusniaga buah-buahan dan meningkatkan pendapatan melalui pengurusan gerai yang cekap, seragam dan berkesan.
- Mewujudkan satu rantaian pemasaran runcit buah-buahan diseluruh negara yang boleh dijadikan contoh terbaik dari segi pengurusan perniagaan runcit.
|
| Syarat-syarat Penyertaan |
- Usahawan mestilah WARGANEGARA MALAYSIA yang telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun berkaitan buah-buahan dan mempunyai lesen perniagaan yang sah disisi undang-undang.
- usahawan mesti berdaftar dengan FAMA melalui pengisian borang permohonan GBBS
- buah-buahan serta produk berasaskan buah tempatan sahaja yang boleh diurusniagakan di gerai berkenaan.
- komoditi buah-buahan utama yang diurusniagakan mestilah terdiri daripada buah-buahan tempatan. Walaubagaimanapun buah-buahan import dibenarkan dengan syarat tidak melebihi 30% daripada nilai keseluruhan urusniaga pada setiap masa.
- produk yang dipasarkan hendaklah sentiasa dalam keadaan segar dan berkualiti.
- hari dan waktu perniagaan hendaklah ditentukan secara tetap mengikut kesesuaian tempat dan permintaan pengguna.
- usahawan terpilih tidak boleh menukar hakmilik, memajak, menyewa semula atau apa-apa bentuk perpindahan hakmilik ke atas gerai tersebut.
|
| Perkhidmatan FAMA |
Setiap usahawan yang dipilih di bawah program GBBS akan diberi bantuan dalam bentuk pinjaman peralatan, bahan-bahan promosi serta bimbingan dan khidmat nasihat pakar. |
Kumpulan Sasaran |
Peniaga runcit buah-buahan tempatan di seluruh negara yang telah sedia berniaga di lokasi strategik dan berdaya maju. |
| |
| Cara Memohon |
- Setiap permohonan hendaklah mengisi Borang Permohonan GBBS yang boleh diperolehi di Pejabat FAMA berhampiran atau melayari www.fama.gov.my atau klik disini
- Borang yang lengkap diisi perlu dihantar ke Pejabat FAMA yang berhampiran.
- Keterangan lanjut boleh diperolehi di Bahagian Peruncitan –Pembangunan Usahawan, Ibu Pejabat FAMA, Bandar Baru Selayang atau di talian 03-61264000
- Muat turun brosur Gerai-Gerai Buah-Buahan (GBBS). klik di sini
|