PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN SISWAZAH Jawapan: Program Pembangunan Usahawan Siswazah bertujuan mewujudkan usahawan perniagaan tani dan peluang pekerjaan sekali gus mengurangkan pengangguran dikalangan siswazah. Merangkumi 7 projek utama iaitu: 1. Menjadi usahawan pasar tani 2. Menjadi usahawan Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) 3. Menjadi pembekal komoditi segar 4. Menjadi pengedar barangan makanan proses 5. Menjadi pembekal puyuh dan ikan air tawar (keli, talipia dan patin) 6. Membekal laporan pasaran dan terjemahan 7. Menjadi operator jualan Calon yang berminat perlu mempunyai kelayakan ijazah, diploma atau sijil kemahiran dan tiada had umur ditetapkan. Bagi mengetahui syarat-syarat dan maklumat lanjut mengenai setiap projek dan memuat turun borang permohonan, sila layari laman web FAMA di www.fama.gov.my . Borang permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut : Urusetia Pembangunan Usahawan Siswazah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Bangunan FAMA Point, Lot 17304, Jalan Persiaran Satu Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves Selangor Darul Ehsan (U/P: Tn. Hj. Jasmi Saadun) No. Tel: 03-6126 2020 No. Fax: 03-6138 3650 Email: jasmi@fama.gov.my HIP: LADANG KONTRAK Jawapan: program Ladang Kontrak adalah salah satu projek berimpak besar yang diperkenalkan sebagai salah satu mekanisme untuk membantu pengusaha pertanian berskala kecil dan sederhana dalam menjamin pengeluaran hasil pertanian mereka mendapat pulangan yang setimpal. Skop Program Ladang Kontrak melibatkan petani di bawah pengelolaan Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KPIM Sabah) dan Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak (KPP Sarawak) sebagai pengeluar dan FAMA/LPNM sebagai pembeli (bagi FAMA belian akan diteruskan sehingga peranan ini diambil alih oleh FAMACO) dan juga sebagai pemudahcara. Pembeli lain dalam program ini akan terdiri daripada FAMACO (anak Syariakt FAMA), Malaysia Agro Food Corporation (MAFC) dan pihak swasta dikalangan pengeksport, pasaraya, pemproses, pemborong dan sebagainya. Dalam program ini petani bersetuju mengeluarkan asil tanaman pada kuantiti, kualiti dan jadual hantaran yang ditetapkan dan pembeli-pembeli bersetuju menjamin pasaran hasil tanaman pada harga yang dipersetujui bersama. Bagi pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran, Program Ladang Kontrak memberi tumpuan kepada ladang kelompok di samping usahawan dan pengeluar individu di bawah Jabatan/Agensi dan pengeluar individu swasta. Bagi komoditi nanas pula, pelaksanaannya adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM). Jawapan: Antara faedah yang dinikmati oleh peserta Projek Ladang Kontrak adalah: - Petani mendapat jaminan pasaran ke atas produk yang dikeluarkan
- Menjana dan menambah pendapatan
- Jaminan bantuan khidmat nasihat teknikal dan pengurusan ladang yang lebih baik sistematik daripada agensi dan jabatan
- Jaminan khidmat nasihat kemudahan kredit modal melaksanakan projek
- Menikmati peluang kursus dan latihan untuk meningkatkan motivasi serta pengetahuan dalam bidang pertanian.
Jawapan: Pemohon boleh mendaftar dengan mengisi borang permohonan Ladang Kontrak yang boleh didapati di mana-mana agensi/jabatan yang terlibat dengan Ladang Kontrak. Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar mengikut projek: | Projek Kelompok | Jabatan Pertanian | | Projek LPP/PPK | LPP/PPK | | Projek Nenas | LPNM | | Projek Swasta/Individu | FAMA | Permohonan akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja oleh Jawatankuasa Ladang Kontrak. Pemohon yang berjaya akan menerima surat pengesahan menyertai Program Ladang Kontrak oleh FAMA beserta dengan dokumen ikatan kontrak. Bagi mengetahui syarat-syarat dan maklumat lanjut dan memuat turun borang permohonan, sila layari laman web FAMA di www.fama.gov.my . PASAR TANI Jawapan: Syarat-syarat bagi menyertai Pasar Tani adalah seperti berikut: A. Syarat Asas - Warganegara Malaysia
- Berumur 18 – 60 tahun
B. Keutamaan Peserta Pasar Tani - Keutamaan petani, penternak, pengusaha produk IKS dan pengusaha projek pertanian
- Rakyat miskin / golongan berpendapatan rendah / OKU
- Peserta dibawah bimbingan projek Jabatan
- Siswazah menganggur
- Berkeupayaan mengendalikan urusniaga
- Sanggup menerima teguran atau cadangan dari FAMA
- Bersedia untuk ditempatkan di mana-mana PAsar Tani yang ditawarkan
C. Peserta Pasarina - Menjual barangan bukan pertanian seperti baju, kain, barangan plastik dan sebagainya
D. Cara Memohon - Borang boleh diperolehi di laman web FAMA secara percuma http://famaxchange.org
- Borang juga boleh didapati melalui pejabat – pejabat FAMA yang berhampiran.
( satu borang RM 2 dan yuran proses RM 5) - Permit akan dikeluarkan bagi pemohon yang berjaya.
E. Lokasi Pasar Tani Pemohon akan ditawarkan tapak – tapak Pasar Tani yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka sekiranya terdapat kekosongan atau Pasar Tani baru yang akan diwujudkan F. Jenis Barangan Yang Boleh Dipasarkan - Barangan Segar – Sayur, Buah, Ikan, Daging Segar dan Ayam
- Barangan Proses – Produk IKS
- Makanan dan minuman berasaskan asas tani
G. Kursus dan Latihan - Semua peserta baru Pasar Tani akan diberikan kursus seperti Kursus Kejurujualan, Kursus Asas Kewangan dan Kursus Peraturan. Pasar Tani dari masa ke semasa bagi meningkatkan tahap keusahawanan.
H. Lot Promosi di Pasar Tani - Permohonan boleh dikemukakan ke pejabat FAMA yang berhampiran bagi tujuan tersebut. Tawaran tempat akan diberikan sekiranya terdapat kekosongan kerana lot promosi yang terhad.
Pemohon perlu mengisi borang permohonan dan hantarkan ke pejabat FAMA berhampiran dengan tuan/puan. Peserta yang terpilih akan dimaklumkan oleh pegawai FAMA. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Caw. Pembangunan & Perancangan Pasar Tani di talian 03-6138 1304. LATIHAN INDUSTRI Jawapan: Pelajar yang berminat untuk menjalankan latihan industri di FAMA perlu membuat permohonan rasmi bertulis ke Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melalui Caw. Latihan. Turut disertakan resume pelajar, sijil yang telah disahkan dan surat pengesahan fakulti berkenaan. KUALITI, PENGEMBANGAN, PENGGREDAN & KAWALAN Jawapan: Definisi 3P adalah Pembungkusan, Penggredan dan Pelebelan. Berkuatkuasa April 2009, semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran perlu mengikut peraturan ini sebelum dipasarkan. Jawapan: - Program peningkatan kualiti keluaran pertanian melalui Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan.
- Memastikan semua keluaran pertanian perlu digred, dibungkus dan dilabel sebelum ia dipasarkan(di dalam negeri, dieksport atau diimport).
- Peraturan 3P ini diterima pakai di peringkat global, penekanan kepada fair trade.
Jawapan: Kumpulan sasar yang diwajibkan mematuhi peraturan ini adalah Pengeksport, Pengimport, Pemborong dan Peruncit. 7 komoditi yang terlibat: | 1.Sayur-sayuran | 5.Kelapa | | 2.Buah-buahan | 6.Bijiran | | 3.Bunga-bungaan | 7.Tebu | | 4.Kekacang | | Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi FAMA di www.famaxchange.gov.my atau hubungi Bahagian Regulatori di talian 03-6126 4000. BAHAGIAN TERNAKAN & AKUAKULTUR Jawapan: Di bawah Bahagian Komoditi Pelbagai: 1. ikan keli 2. ikan talipia 3. ikan air tawar patin 4. kambing 5. Puyuh ayam lembu Soalan: Apakah jenis bantuan yang FAMA berikan untuk membantu para penternak dalam usaha memasarkan hasil ternakan mereka? Jawapan: FAMA berperanan mengatur penternak dengan menyediakan tempat jualan di pasar-pasar tani FAMA. Selain itu, kaedah kedua FAMA membeli hasil keluaran berdasarkan harga pasaran di peringkat ladang. Pusat Operasi FAMA bersedia membeli hasil keluaran ikan keli dengan saiz yang dikehendaki pasaran. Situasi ini memerlukan rundingan lanjut terutama dari segi harga. Sila hubungi Ibu Pejabat FAMA di talian 03-6126 4000. MAHA (MALAYSIAN AGRICULTURE HORTICULTURE AND AGROTOURISM) Jawapan: Pameran MALAYSIAN AGRICULTURE HORTICULTURE AND AGROTOURISM (MAHA) diadakan 2 tahun sekali. Pameran terakhir diadakan pada 11 – 23 Ogos 2008 dan pameran berikutnya akan diadakan pada tahun 2010 (tarikh belum ditetapkan lagi). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Zubir Ab Razak, Pengarah Projek Khas di talian 03-6126 2020 atau layari laman web www.fama.gov.my KOMUNIKASI KORPORAT Jawapan: Pelanggan boleh menyalurkan sebarang pertanyaan / aduan melalui: | 1. Email : | fama@fama.gov.my | | 2. Website : | www.famaxchange.gov.my | | 3. Telefon : | 03-6126 2020 (Ext: 2266) | Jawapan: Bagi yang berminat untuk membuat lawatan / kunjungan hormat / rombongan berinformasi ke FAMA, sila buat permohonan rasmi secara bertulis kepada Ketua Pengarah FAMA di alamat berikutKetua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Bangunana FAMA Point, Lot 17304 Jalan Persiaran Satu, Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves Selangor Darul Ehsan Jawapan: Permohonan bagi tajaan boleh dibuat melalui permohonan bertulis kepada Ketua Pengarah FAMA. Memandangkan FAMA merupakan sebuah Agensi Kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, maka sumbangan / tajaan dalam bentuk tunai adalah tidak dibenarkan. Tajaan akan dibuat dalam bentuk sumbangan produk keluaran FAMA atau tajaan rungan iklan yang bertujuan untuk meningkatkan imej FAMA dan mempromosikan produk FAMA kepada kumpulan sasar. FAMA CORPORATION (FAMACO) Jawapan: - Pemasaran dan pengedaran eksport produk pertanian segar yang menguntungkan dilaksanakan oleh FAMACO
- Pemasaran dan pengedaran produk IAT yang berdaya saing iaitu produk-produk yang mempunyai margin pemasaran 30- 50% termasuk untuk eksport akan dilaksanakan oleh FAMACO
|