Untuk Pengguna Kurang Upaya, Pilih sebarang teks dan klik butang di bawah
INSTITUT LATIHAN FAMA
Kedudukan di tepi pantai dengan kelengkapan dan prasarana yang terbaik serta landskap yang menarik, kami adunkan untuk disediakan kepada anda. Institut Latihan FAMA atau ILF yang bercirikan resort menjanjikan satu kepuasan dalam mengendalikan program latihan, kursus, bengkel, konvensyen, hari keluarga dan juga sesuai untuk percutian anda.
Suasana desa selatan Port Dickson. Perjalanan sejauh 20 km ke selatan dari pekan Port Dickson adalah kedudukan yang amat sesuai untuk disinggahi.
Dewan berkapasiti 100 hingga 150 peserta adalah bersesuaian untuk dijadikan medan pelbagai program latihan, kursus samada dalam suasana kelas atau teater.
Institut Latihan FAMA atau ILF juga menyediakan dua unit bilik kuliah untuk menampung bilangan yang lebih kecil iaitu 30-50 peserta disamping bilik mesyuarat, bilik komputer dan beberapa bilik-bilik kecil untuk mengadakan bengkel.
Dengan kelengkapan sistem siaraya (PA system), projektor 'overhead' (OHP) , LCD, serta pelbagai kemudahan lain.turut disediakan. Peralatan-peralatan boleh digunakan dengan kadar sewa yang berpatutan atau dimasukkan di dalam pakej latihan..
Surau, kolam renang, gimnasium, bola tampar pantai, Ping pong, Sepak Raga Bulatan, Karom, Dart dan Catur.
Berkanu, Jet Ski, Memancing di kelong atau bot, Sukaneka, Karaoke, Menunggang kuda, Golf, Go-Kart, Tenis, Mencari Harta Karun.
Sebagai melengkapkan lagi keperluan dan percutian anda, kani menyediakan beberapa jenis bilik dan apartmen penginapan berhawa dingin lengkap dengan mini bar, pembuat kopi/tea dan hiburan TV menambahkan lagi keselesaan anda semasa menginap di sini.
kemudahan WiFi