LAPORAN ANALISIS HARGA MINGGUAN PERINGKAT RUNCIT Pengenalan Laporan ini telah dimulakan pada bulan Mei 2006 bagi menunjukkan perubahan harga purata mingguan peringkat runcit bagi beberapa jenis sayur-sayuran berbanding harga purata minggu sebelumnya. Laporan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pengguna tentang sayur-sayuran yang mengalami kenaikan dan penurunan harga mengikut negeri dan sebab-sebab perubahan tersebut berlaku. Laporan ini menyenaraikan sayur-sayuran yang mengalami peratusan kenaikan dan penurunan harga tertinggi di peringkat negeri.
Kandungan - Kenaikan, penurunan bagi sayur-sayuran terpilih mengikut negeri
- Perbandingan harga purata mingguan dengan minggu sebelumnya.
Kekerapan Penerbitan Sekali setiap dua minggu Kegunaan - Memberi maklumat jenis komoditi yang mengalami kenaikan dan penurunan mengikut negeri dan peratusan perubahan.
- Memberi petunjuk peratusan perubahan di peringkat runcit
Kumpulan Sasaran - Agensi Kerajaan
- Pengusaha sektor pertanian dan industri asas tani
Cara Mendapat Laporan Laporan ini boleh didapati dengan menghubungi Bahagian Khidmat Maklumat Pasaran atau secara on-line di http://sdvi.fama.net.my . |