Visi, Misi dan Objektif

Visi
Peneraju utama pemasaran Agromakanan negara.

Misi
Membangun rantaian pemasaran Agromakanan yang cekap dan berkesan bagi meningkatkan nilai kepada pelanggan.

Objektif

  • Merealisasikan Wawasan Negara dan Dasar Pertanian Negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama makanan dunia melalui kecekapan dan keberkesanan produk pertanian dan makanan.
  • Membangunkan infrastruktur pemasaran dan sistem rantaian bekalan yang cekap dan berkesan.
  • Membangunkan pemasaran dan meningkatkan permintaan hasil pertanian dan makanan dalam dan luar negara.
  • Memacu keupayaan sumber manusia dalam pemasaran pertanian berasaskan pengetahuan dan teknologi terkini.


Fungsi-fungsi Utama

  • Menyelaras aktiviti-aktiviti pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan pihak swasta atau jabatan / agensi kerajaan.
  • Memperbaiki sistem pemasaran dan memperluas serta memajukan pasaran baru bagi hasil-hasil pertanian Malaysia.
  • Bekerjasama dengan pihak swasta dan jabatan /agensi kerajaan bagi mewujudkan pemasaran pertanian yang cekap dan berkesan.
  • Melibatkan secara langsung di dalam industri pertanian terutama di dalam aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian.