Visi, Misi dan Objektif

Visi
Peneraju utama pemasaran makanan dan hasil pertanian.

Misi
Membangunkan rantaian pemasaran makanan dan hasil pertanian yang cekap dan berkesan bagi meningkatkan nilai kepada pelanggan.

Objektif

  • Merealisasikan Wawasan Negara dan Dasar Pertanian Negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama makanan dunia melalui kecekapan dan keberkesanan produk pertanian dan makanan;
  • Pembangunan infrastruktur pemasaran dan sistem rantaian bekalan yang cekap dan berkesan;
  • Pembangunan pemasaran dan peningkatan permintaan hasil pertanian dan makanan dalam dan luar negara; dan
  • Pemacuan keupayaan sumber manusia dalam pemasaran pertanian berasaskan pengetahuan dan teknologi terkini.


Fungsi-fungsi Utama

  • Menyelaras aktiviti–aktiviti  pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan pihak swasta atau jabatan/agensi kerajaan;
  • Memperbaiki sistem pemasaran dan memperluas serta memajukan pasaran baru bagi hasil–hasil pertanian Malaysia;
  • Bekerjasama dengan pihak swasta dan jabatan/agensi kerajaan bagi mewujudkan pemasaran pertanian yang cekap dan berkesan;
  • Membangun dan memajukan pengurusan yang cekap dalam industri pertanian berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil–hasil pertanian; dan 
  • Melibatkan secara langsung dalam industri pertanian terutama aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil–hasil pertanian.