Peringkat Peruncitan

3. DESARAYA

Pengenalan
Projek Desaraya mula ditubuhkan pada tahun 1995 di bawah Rancangan Malaysia ke-7 dengan tujuan membangunkan peserta Pasar Tani Runcit yang telah berjaya. Pada ketika itu, pembangunan Pasar Tani mencapai kemuncaknya dengan bilangan 160 buah.

Daripada tapak pertamanya di Kuala Kangsar, Perak, Desaraya kini berkembang kepada 14 buah yang bertempat di seluruh negara. Jumlah ini mampu menempatkan 62 orang peserta Pasar Tani dengan purata saiz pasaran sebanyak RM1 juta sebulan.

Desaraya merupakan gabungan sekumpulan peserta Pasar Tani di sebuah premis perniagaan kekal untuk menyediakan berbagai barangan jualan seperti yang ditawarkan oleh kedai runcit atau pasar mini.

Fungsi utama Desaraya ialah untuk memberi latihan dan pengalaman mengurus perniagaan runcit kepada peserta Pasar Tani, dengan tujuan untuk membentuk mereka sebagai usahawan.

Tujuan

• Memudahkan kerja-kerja penggredan, pembungkusan dan amalan pemasaran yang baik melalui kemudahan peralatan yang disediakan di premis perniagaan kekal.
• Menyumbang kepada dasar kerajaan untuk mewujudan lebih ramai peserta Bumiputera di dalam aktiviti pemasaran hasil pertanian.

Skop Perkhidmatan Fama

 

• Menyediakan luang perniagaan di dalam bidang peruncitan
• Khidmat urusetia

 

• pendaftaran peserta -kebersihan
• kutipan yuran -promosi produk baru
• maklumat harga panduan -imej yang seragam dari segi papan tanda dan pakaian
• susunatur dan persembahan produk

Kumpulan Sasaran

 

Semua peserta Pasar Tani yang berkeupayaan dan mempunyai modal yang mencukupi
Usahawan daripada kalangan kategori perniagaan yang berbeza (produk proses, sayur, buah, ikan, daging, barangan runcit)
Sekurang-kurangnya dua usahawan dalam satu premis perniagaan.

Kelayakan
Umur: 18 - 60 tahun
Kerakyatan Permit: Warnegara Malaysia
Bayaran Tapak: Pemilik tapak dikehendaki membayar yuran tapak sebelum memulakan perniagaan
Bayaran Jualan: Menjual hasil- hasil pertanian/ barang sendiri atau mendapatkan bekalan daripada FAMA
Peniaga makanan: Perlu hadir kursus pengendalian makanan & sedia menerima suntikan demam kepialu (typhoid)
Pertukaran permit: Permit perniagaan hanya boleh diberi kepada waris yang sah sahaja tertakluk kepada kelulusan FAMA
 
Cara Memohon

 

 

• Penyertaan Desaraya dikhaskan untuk peserta Pasar Tani sahaja. Pemilihan peserta akan dibuat oleh FAMA berdasarkan prestasi peserta.

 

Pages: 1  2  3