Peringkat Peruncitan

2. PASAR TANI KEKAL

Pengenalan
Pasar Tani Kekal adalah satu projek pembangunan yang dijalankan bagi merebut peluang dari kepesatan perubahan dan kemajuan Pasar Tani Runcit. Peserta-peserta Pasar Tani Kekal ditempatkan di bawah satu bumbung dan mereka menjalankan perniagaan setiap hari. Kaedah ini akan meningkatkan kadar urusniaga dan akan mengurangkan masalah pemasaran hasil-hasil pertanian yang dikeluarkan setiap hari.

Pasar Tani Kekal akan mengekalkan strategi pemasaran Pasar Tani Runcit dengan memberi tumpuan kepada produk segar dan berkualiti yang dijual pada harga yang berpatutan. Matlamat FAMA adalah untuk menjadikan Pasar Tani Kekal sebagai pasar pilihan pada masa hadapan.

Pembangunan Pasar Tani Kekal juga bertujuan melatih golongan pengeluar menjadi pemasar dan pembekal, selain daripada mengajar cara-cara mengurus perniagaan harian dengan lebih sistematik dan komersil.

Pasar Tani Kekal memenuhi kehendak pasaran semasa kerana ia menyediakan tempat membeli-belah yang selesa serta menawarkan produk yang terjamin bersih dan selamat. Ia juga dirancang untuk menjadi pusat tarikan pelancong supaya dapat menyediakan luang pasaran yang lebih luas dan menarik.

Skop Perkhidmatan Fama

 

• Menyediakan luang perniagaan di dalam bidang peruncitan
• Skim pembayaran mudah bagi pembelian peralatan Pasar Tani seperti payung, kanopi, bakul, meja, alas meja dan pakaian seragam.
• Khidmat urusetia

 

 

• Pendaftaran peserta
• Kutipan yuran
• Maklumat harga panduan
• Pengesahan alat timbang (dengan kerjasama Jabatan Timbang dan Sukat)
• Pengesahan berat barangan yang dibeli
• Susunatur dan persembahan produk
• Kebersihan
• Promosi produk baru

Kumpulan Sasaran
Peserta Pasar Tani yang berjaya

Kelayakan
Umur: 18 - 60 tahun
Kerakyatan Permit: Warnegara Malaysia
Bayaran Tapak: Pemilik tapak dikehendaki membayar yuran tapak sebelum memulakan perniagaan
Bayaran Jualan: Menjual hasil- hasil pertanian/ barang sendiri atau mendapatkan bekalan daripada FAMA
Peniaga makanan: Perlu hadir kursus pengendalian makanan & sedia menerima suntikan demam kepialu (typhoid)
Pertukaran permit: Permit perniagaan hanya boleh diberi kepada waris yang sah sahaja tertakluk kepada kelulusan FAMA

Cara Memohon

 

• Beli borang penyertaan Pasar Tani di pejabat FAMA yang berdekatan dengan bayaran RM2 untuk satu borang dan RM5 bagi yuran memproses borang.

 

Pages: 1  2  3