Syarat-Syarat Asas Kelayakan Pemohon
Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Individu berumur di antara 18 hingga 40 tahun;
  3. Boleh membaca, mengira dan menulis;
  4. Individu yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan oleh Jabatan/Agensi di bawah MOA atau yang diiktiraf oleh MOA;
  5. Individu yang memiliki Sijil/Diploma/Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian
  6. Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MOA berkaitan projek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal; dan
  7. Keutamaan kepada individu yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada.
     
Syarat Permohonan Geran
  1. Dokumen yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Jabatan/Agensi MOA sebelum tarikh tutup permohonan mengikut fasa.  (Permohonan tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan)
  2. Tawaran permohonan adalah terhad. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dimaklumkan. Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklumbalas diterima dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tutup permohonan mengikut fasa.  Walaubagaimanapun, pemohon boleh membuat permohonan baru pada fasa berikutnya.
     
Syarat Permohonan Pembiayaan
  1. Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi;
  2. Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran.
  3. Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing dan Agensi pembiayaan.
     

*Setiap pemohon layak menerima geran sekali seumur hidup sahaja.