1 Malaysia Best 1 Malaysia Best

PROTOKOL KELAYAKAN MENGGUNAKAN JENAMA 1 MALAYSIA BEST

Pemohon yang telah mematuhi syarat-syarat berikut layak diberi pertimbangan untuk menggunakan logo 1 Malaysia Best :

  1. Syarikat mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau mana-mana badan / jabatan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
     
  2. Mendapat Surat Perakuan Pemeriksaan Premis Makanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia berasaskan kepada Akta Makanan 1983, dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
     
  3. Produk mesti mendapat pengiktirafan HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM / JAIN.
     
  4. Produk eksport hendaklah memperolehi Sijil Kesihatan atau Sijil Penjualan Bebas yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
25 September 2017 12:46 PM