Maklumat Pasaran Maklumat Pasaran

SUPPLY - DEMAND VIRTUAL INFORMATION (SDVI)

Pengenalan

Supply-Demand VirtuaI Information System (SDVI) ialah satu sistem maklumat bekalan dan permintaan secara maya. Ia berasaskan teknologi web bagi membekal, menganalisis dan menyebarkan maklumat harga, bekalan dan permintaan hasil pertanian secara on-line.

Maklumat ini boleh memberi petunjuk tentang potensi pasaran sesuatu komoditi di pasaran tempatan dan luar negara untuk dijadikan panduan bagi membuat keputusan pelaburan di dalam sektor pertanian. Ia juga dapat menemukan pemasar dengan pengeluar hasil pertanian.

Sistem SDVI dilengkapi dengan maklumat geografi bekalan komoditi yang menggunakan teknologi Global Positioning System (GPS). Hasil analisis dan laporan diolah serta dipermudah melalui perisian Statistical Analysis System (SAS) dan Geographical Information System (GIS).

Data dan maklumat pemasaran dikutip dan dimasukkan ke dalam sistem SDVI secara on-line di peringkat lapangan dan boleh dicapai serta merta oleh pelanggan di seluruh dunia melalui laman web FAMA www.fama.gov.my

Usaha juga telah dimulakan bagi menjalin kerjasama dengan pusat-pusat pengajian tinggi dalam bidang penyelidikan dan analisis data, serta dengan Food and Agriculture Organisation (FAO) untuk menaikkan taraf pengendalian pengkalan maklumat pemasaran hasil pertanian bersepadu ini kepada amalan antarabangsa.


Kandungan

  • Maklumat harga komoditi pertanian
  • Jumlah penggunaan komoditi pertanian
  • Jumlah bekalan komoditi pertanian.
  • Kawasan penanaman komoditi pertanian
  • Potensi pasaran sesuatu komoditi atau kumpulan komoditi di pasaran tempatan dan luar negara

Kekerapan Penerbitan

Berterusan

Kegunaan

  • Sebagai panduan bagi membuat keputusan pelaburan dalam sektor pertanian.
  • Membantu mengenalpasti potensi pasaran komoditi pertanian atau kumpulan komoditi pertanian di pasaran domestik dan luar negara dengan pantas
  • Memantau lebihan atau kurangan bekalan komoditi di pasaran dengan memadankan maklumat bekalan dengan maklumat permintaan.
  • Menemukan pemasar dengan pengeluar hasil pertanian

Kumpulan Sasaran

  • Agensi Kerajaan
  • Pengusaha sektor pertanian dan industri asas tani

Cara Mendapat Laporan

  • Layari https://sdvi.fama.gov.my. Pengenalan diri dan kata laluan perlu diperolehi daripada FAMA bagi mencapai maklumat harga di dalam sistem SDVI
  • Akses melalui laman web FAMA iaitu www.fama.gov.my
  • Pusat Informasi FAMA, Tingkat 4, Ibu Pejabat FAMA.
  • Hubungi Bahagian Maklumat Pasaran, Ibu Pejabat FAMA.
09 Disember 2016 05:04 PM