Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak

 

PENGENALAN
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak merupakan satu pusat yang dikenali ‘Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan’. RTC ditubuhkan bagi meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat di mana pelbagai aktiviti bercorak nilai tambah dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan. Di samping itu, memberi perkhidmatan dan maklumat mengenai peluang-peluang yang disediakan oleh jabatan kerajaan dan swasta. 

OBJEKTIF
Fungsi RTC yang mempunyai tiga (3) peranan utama iaitu menyediakan perkhidmatan kerajaan dan swasta mengikut keperluan penduduk setempat, sebagai hub perniagaan & kemudahan fasilti dan pusat kegiatan belia. 

KONSEP
Dua komponen penting yang diketengahkan di RTC Perak adalah perkhidmatan dan kegiatan ekonomi melalui tiga konsep utama penubuhan iaitu perkhidmatan kerajaan dan swasta, hub perniagaan dan pusat kegiatan belia.

  1. Perkhidmatan Jabatan / Agensi
    • Merujuk kepada peranan pertama iaitu menyediakan perkhidmatan kerajaan memberi penekanan kepada keperluan penduduk setempat seperti pejabat FAMA, Kolej Komuniti, Lembaga Pertubuhan Peladang, Jabatan Perikanan, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Jabatan dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, terdapat juga institusi kewangan dan perbankan seperti BSN dan YaPIEM.
    • Penglibatan pihak swasta sebagi pelengkap mempelbagaikan perkhidmatan serta kemudahan bagi memenuhi keperluan penduduk setempat. Antaranya pembukaan Hypermarket Mydin, restoran KFC dan juga kerjasama pihak PLUS bagi mewujudkan R&R RTC Perak.
       
  2. Hub Perniagaan dan Kemudahan Fasiliti
    • Hub Perniagaan
      RTC Perak turut menyediakan kemudahan penyewaan ruang dan lot perniagaan. Ini bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat menceburi bidang keusahawanan yang mampu memberikan impak pembangunan ekonomi. Hal ini bukan sahaja akan dapat membantu mereka meningkatkan pendapatan bahkan menjamin kelangsungan barangan komoditi bagi memenuhi keperluan penduduk setempat sekaligus mengurangkan kebergantungan produk dan barangan dari kawasan lain.
      Keutamaan diberi kepada beberapa kategori penyewa lot di RTC Perak iaitu seperti berikut :
      • Pemborongan
      • Peruncitan
      • Kilang PKS
      • Kafeteria
      • Ruang pejabat

Komoditi jualan yang tidak dibenarkan

  • Semua produk jualan yang menyalahi undang-undang Kerajaan Malaysia.
  • Semua produk Tidak Halal
  • Semua barangan seludup (tiada bayaran cukai)

Waktu Operasi

Kategori Hari Masa
Usahawan Isnin – Ahad 10.00 pg – 10.00 mlm
Jabatan / Agensi/ Bank Isnin – Jumaat 8.00 pg – 5.00 ptg
Kaunter Khidmat Pelanggan
(Jabatan yang beroperasi pada hari Sabtu & Ahad sahaja)
Isnin – Ahad 8.00 pg– 5.00 ptg
Pasaraya Mydin, Restoran KFC Isnin – Jumaat 9.00 pg – 11.00 mlm
Sabtu – Ahad 8.30 pg– 11.00 mlm  

 

Pages: 1  2  3  4  5