Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan
PENGENALAN
Pusat Transformasi Luar Bandar (Rural Transformation Center) RTC FAMA Kelantan asalnya dikenali sebagai Terminal Makanan Negara (TEMAN) dan Terminal Agribisnis Negara (TEMAN) yang terletak di jajahan Kota Bharu Kelantan. RTC ini merupakan pusat hentian bersepadu pengedaran bekalan makanan negara dan juga pusat pemborongan dan peruncitan hasil-hasil pertanian. Pada masa ini komponen yang sedia ada terdiri daripada Blok Pentadbiran, Medan Selera, Tapak Florikultur, Pasar Tani Kekal, My Farm Outlet, Tapak Bilik Sejuk, Tapak Ekspo dan tiga (3) blok bangunan lot kedai merangkumi Blok A, B dan C.
RTC FAMA Kelantan mula beroperasi pada 30 Julai 2011 dengan keluasan 52.14 ekar dan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia Pada 4 Mei 2012.
OBJEKTIF
Penubuhan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), berperanan sebagai sebuah pusat pembekalan dan pengedaran hasil tani dan produk makanan yang menghubungkan pengeluar serta pembekal terus kepada pengguna. Pemodenan kaedah niaga di kalangan penjaja kecil dapat ditambah baik di bawah satu bumbung. Ia meliputi aspek seperti penyediaan premis serta kemudahan yang lebih tersusun, bersih dan dapat memberi keselesaan kepada pengunjung di samping dapat meningkatkan pendapatan usahawan dan penjaja.
KONSEP
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) adalah sebuah kompleks kekal dengan infrastruktur kemudahan asas yang moden dan hygenic di bawah satu bumbung. Konsep utama urusniaga RTC FAMA Negeri Kelatan adalah:
- Lot kekal/tetap
Usahawan berniaga setiap hari di lot kekal dan dibenarkan untuk meninggalkan peralatan dan produk niaga di dalam lot sahaja setelah tamat waktu operasi. - Konsep “Bayar-Guna-Serah Semula” (BGSS), di mana penjaja perlu membayar bagi penggunaan tapak lot niaga yang disediakan kepada mereka mengikut sesi, waktu niaga, kadar bayaran dan hari yang ditetapkan/dijadualkan dan menyerahkan semula tapak yang diduduki dalam keadaan asal sebaik sahaja tamat tempoh niaga tanpa meninggalkan sebarang peralatan urusniaga di lot-lot niaga tersebut kecuali dengan kebenaran pihak FAMA. Ini adalah bagi mengembalikan lot-lot niaga yang telah diserah semula berada dalam keadaan asal selepas melalui tempoh pembersihan yang dilakukan oleh pengurusan Kompleks RTC FAMA Kelantan.
Di samping itu juga, perkhidmatan penyewaan yang disediakan oleh pihak RTC FAMA Kelantan boleh digunakan oleh masyarakat setempat bagi mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti majlis kenduri kahwin, majlis-majlis perasmian dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian yang dibenarkan berdasarkan kepada kelulusan dan kebenaran pihak FAMA.
SYARAT PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia (tidak termasuk taraf penduduk tetap)
- Petani / Pengeluar (diberi keutamaan)
- Usia tidak kurang 18 tahun & tidak melebihi 60 tahun (keutamaan usia kurang dari 40 tahun)
- Pemohon hendaklah pengusaha yang menjalankan / menguruskan perniagaan urusniaga tetap
- Melengkapkan borang permohonan dan mengemukakan ke Pejabat RTC FAMA Kelantan
CARA PERMOHONAN
Borang Permohonan boleh didapatkan di Pejabat RTC FAMA Kelantan dan menghantar kembali Borang Permohonan yang telah lengkap diisi ke Pejabat RTC FAMA Kelantan.
LOKASI PROJEK
NEGERI | LOKASI | ALAMAT LOKASI | KOORDINAT LOKASI | |
KELANTAN | RTC FAMA Kelantan | Lot 3309, Batu 4, | 6.077474 | 102.232044 |
SENARAI NAMA PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI
- Muhammad Nadzmi Bin Mohd Nawawi
Pengurus RTC FAMA Kelantan
nadzmi@fama.gov.my
- Nurul Fatihah Binti Abdul Hamid
Ketua Bahagian Pentadbiran RTC FAMA Kelantan
nfah@fama.gov.my
- Zamri Bin Ibrahim
Ketua Blok A RTC FAMA Kelantan
zamri@fama.gov.my
- Faiz Hariri Bin Mohd Pauzi Zainal Hariri Hariri
Ketua Blok B RTC FAMA Kelantan
faizhariri@fama.gov.my
- Said@Saidi Bin Mat Tik
Ketua Blok C RTC FAMA Kelantan
saidi@fama.gov.my