Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
PENGENALAN
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) merupakan sebuah organisasi milik penuh FAMA yang berperanan sebagai sebuah pusat pembekalan dan pengedaran hasil tani yang moden dan menghubungkan pengeluar serta pembekal terus kepada pengguna. Ia merupakan satu kompleks yang menguruskan aktiviti pemborongan yang dilengkapi dengan perkhidmatan nilai tambah, pembungkusan, pengumpulan dan pengedaran. Selain itu, RTC turut berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat, penentu kecekapan dan keselamatan makanan serta agro pelancongan.
Pembinaannya merupakan suatu usaha untuk memoden dan melengkapkan kemudahan di rangkaian pasar borong sedia ada di Malaysia dan projek sebegini telah menjadi agenda utama di dalam pembangunan pemasaran hasil-hasil pertanian dan produk makanan di seluruh dunia. Di samping itu, ia juga diwujudkan bagi memberikan perkhidmatan dan maklumat mengenai peluang-peluang yang disediakan oleh jabatan / agensi kerajaan kepada penduduk sekitar. RTC juga memberi manfaat kepada penduduk luar bandar dengan memenuhi keperluan menyeluruh dan sebagai pusat integrasi perkhidmatan holistik
OBJEKTIF
Objektif penubuhan RTC adalah memastikan penduduk di Kawasan luar Bandar mendapat kemudahan perkhidmatan kerajaan yang sama seperti penduduk di kawasan Bandar dan membantu meningkatkan tahap kualiti hidup melalui perlaksanaan inisiatif-inisiatif RTC.
Objektif utama penubuhannya pula adalah seperti berikut:
- Program bersepadu untuk mewujudkan satu hentian pelbagai perkhidmatan.
- Tempat penyediaan kemudahan logistik
- Tempat mendapatkan ilmu, kemahiran dan pengetahuan oleh penduduk luar bandar
KONSEP
Komponen penting yang diketengahkan di RTC adalah perkhidmatan dan kegiatan ekonomi melalui tiga konsep utama penubuhan iaitu perkhidmatan kerajaan dan swasta, hub perniagaan dan pusat kegiatan belia
SYARAT PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia
- Individu / Syarikat
- Berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Jenis perniagaan yang dibenarkan adalah tidak menyalahi undang-undang Malaysia dan Halal
CARA PERMOHONAN
- Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan mengemukakan permohonan kepada Pejabat RTC yang berhampiran.
- Borang permohonan boleh diperolehi dari Pejabat FAMA Negeri dimuat turun dari laman web FAMA di www.fama.gov.my
LOKASI PROJEK
SENARAI LOKASI PROJEK PUSAT TRANSFORMASI LUAR BANDAR (RTC) | |||||
BIL | NEGERI | LOKASI RTC | ALAMAT LOKASI | KOORDINAT LOKASI | |
1. | PERAK | RTC Perak | RTC Perak, Pusat Transformasi Luar Bandar, Kawasan Perindustrian Gopeng 2, KM 16, Jalan Gopeng 31600, Gopeng, Perak , | 4.494109 | 101.153856 |
2. | KELANTAN | RTC Kelantan | Lot 3309, Batu 4, Lebuhraya Pasir Mas-Salor, Kota Bharu, Kelantan | 6.077474 | 102.232044 |