Pusat Pengumpulan Ladang (PPL)

Pengenalan
Pusat Pengumpulan Ladang dibangunkan untuk :- 

  • Menambahbaik rangkaian infrastruktur pasaran supaya aktiviti pemasaran keluaran hasil pertanian petani dapat di jalankan dengan lebih terancang dan sistematik.
  • Sebagai tempat pertemuan antara pengeluar dan pemasar. 
  • Melaksanakan aktiviti lepas tuai seperti melaksanakan penggredan, pembungkusan serta pelabelan (GPL).
  • PPL juga berperanan menggalakkan para pengeluar menjalankan operasi secara komersial iaitu menawarkan urusniaga secara pemborongan dan jualan runcit di PPL.

Syarat-Syarat Pembangunan PPL
Skop Pembangunan PPL adalah seperti berikut :

  • Peserta Program Ladang Kontrak secara individu atau kelompok petani;
  • Menerima hasil-hasil pertanian di kawasan sekitar lokasi Pusat Pengumpulan Ladang;
  • Memberi dan menawarkan urusniaga secara pemborongan dan jualan runcit di Pusat Pengumpulan Ladang; dan
  • Melaksanakan aktiviti penggredan, pembungkusan & pelabelan (GPL) di PPL