Promosi & Penjenamaan

PROMOSI PERDAGANGAN

Skop Perkhidmatan FAMA
  • Menerajui penyertaan pengeluar/usahawan dalam pameran perdagangan
  • Menganjur promosi jualan/promosi dalam pasaraya (in-store promotion) di pasaraya/hypermarket atau premis jualan produk

Kumpulan Sasaran
  • Pengeksport/pengeluar hasil pertanian segar.
  • Pengeksport/usahawan yang mengeluar dan memasarkan produk makanan.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Bagi pengeluar/pengeksport/pengedar hasil pertanian dan usahawan/pengedar produk makanan,FAMA menyediakan:
  • Ruang promosi untuk menyertai Pameran Perdagangan.

Syarat-Syarat Mendapatkan Perkhidmatan
  • Perniagaan mesti didaftarkan sekurang-kurangnya bertaraf enterprise.
  • Perniagaan perlu didaftarkan dengan Cawangan Promosi, Ibupejabat FAMA.
  • Produk mempunyai potensi untuk dipasarkan.
  • Berkeupayaan untuk membekal produk yang diperlukan sekiranya mendapat tempahan.


Cara Memohon
Permohonan secara bertulis boleh dibuat kepada Cawangan Promosi, Ibupejabat FAMA atau mengisi borang permohonan penyertaan yang boleh didapati menerusi laman web FAMA. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Pengarah Cawangan Promosi di talian 61264051 dan fax 61365597

Pages: 1  2  3