Promosi & Penjenamaan Promosi & Penjenamaan

PROMOSI DALAM NEGARA

Program ini dilaksanakan di peringkat nasional, negeri-negeri dan daerah-daerah di seluruh Malaysia. Terdapat dua kategori promosi yang dijalankan, iaitu Promosi Pengguna dan Promosi Perdagangan.

Tujuan

  • Meningkatkan  penggunaan per kapita dan penggunaan institusi di peringkat domestik
  • Meningkatan saiz pasaran hasil pertanian dan produk makanan keluaran usahawan tempatan
  • Membina jaringan urusniaga
  • Meningkatkan pendedahan produk (product exposure) kepada pasaran tempatan.
1. Promosi Pengguna
  • Kementerian Pelajaran
  • Kementerian Kesihatan
  • Kementerian Pelancongan
  • Institusi
  • Pihak Swasta
  1. Skop Perkhidmatan Fama
    • Menganjur kempen dan promosi hasil pertanian segar dan produk proses (makanan).
    • Menjalankan promosi dengan sektor perhotelan/ institusi /sektor pelancongan.
    • Menganjur karnival dan pesta jualan terus untuk menangani isu lebihan bekalan.
    • Menerajui penyertaan pengeluar/usahawan dalam pameran pengguna

  2. Kumpulan Sasaran
    • Pengeluar hasil-hasil pertanian
    • Usahawan produk proses
    • Malaysia Airlines
    • Pengguna

  3. Perkhidmatan Yang Ditawarkan
    • Ruang untuk menyertai pameran / karnival / ekspo
    • Mengeluarkan bahan promosi sebagai sokongan aktiviti
    • Publisiti - (Media cetak dan media elektronik)

  4. Syarat-Syarat Bagi Mendapatkan Perkhidmatan
    • Perniagaan mesti didaftarkan sekurang-kurangnya bertaraf enterprise.
    • Perniagaan perlu didaftarkan dengan Cawangan Promosi, Ibupejabat FAMA.
    • Produk mempunyai potensi untuk dipasarkan.
    • Berkeupayaan untuk membekal produk yang diperlukan sekiranya mendapat tempahan.

  5. Cara Memohon
    • Permohonan secara bertulis boleh dibuat kepada Cawangan Promosi, Ibupejabat FAMA atau mengisi borang permohonan penyertaan yang boleh didapati menerusi laman web FAMA. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Pengarah Cawangan Promosi di talian 61264051 dan Faks 61365597
08 Disember 2017 11:02 AM