Pembangunan Saluran Pemasaran Pembangunan Saluran Pemasaran

PROGRAM VENDOR

Pengenalan
 
Program Vendor merupakan kontrak pembekalan produk makanan proses keluaran usahawan PKS terpilih untuk diedarkan oleh FAMA dibawah jenama Agromas dan OleMas.
 
Tujuan
  • Memperluaskan ruang.
  • Menyediakan satu ruang pasaran yang terjamin.
  • Menggalakkan usahawan membekalkan produk yang berkualiti.
  • Meningkatkan produktiviti dan daya saing serta pendapatan usahawan.
Skop Perkhidmatan
Perkhidmatan yang diberikan kepada usahawan PKS adalah seperti berikut:
  • Program Audit Pembekal.
  • Analisis Produk.
  • Khidmat nasihat rekabentuk pembungkusan dan pelabelan.
  • Khidmat nasihat pembangunan kualiti.
  • Latihan dan bimbingan.
  • Jaminan Pasaran.
  • Program sokongan pasaran.
Syarat-syarat untuk menjadi vendor
  • Produk mempunyai potensi untuk dipasarkan.
  • Mempunyai premis yang lengkap dan sempurna untuk pemprosesan dan berasingan dari tempat kediaman.
  • Berkeupayaan untuk membekalkan produk yang diperlukan oleh FAMA secara berjadual.
  • Produk mesti mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.
  • Lulus Audit Pembekalan FAMA.
  • Mempunyai syarikat sekurang-kurangnya enterprise.
  • Untuk produk berjenama AgroMas pemilihan dibuat diperingkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
  • Bersedia menerima teguran, pandangan dan cadangan dalam semua aspek pembekalan produk.
Cara-cara memohon
 

Mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dari Cawangan Industri Asas Tani, Ibu Pejabat FAMA atau Pejabat FAMA Negeri yang berhampiran.

Muat turun borang disini

22 Jun 2018 09:52 AM