Program Promosi Produk IAT di Pasar Tani

Pengenalan
Sebahagian usahawan IAT tidak mampu ataupun tidak mempunyai peluang untuk mengadakan promosi kerana kos promosi yang tinggi dan dengan ini pemasaran produk tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan yang mengakibatkan jualan produk yang merosot seterusnya pendapatan yang berkurangan. Pengguna juga sukar mendapatkan produk IAT kerana kebanyakan usahawan masih tidak mampu memasarkan produk mereka dihypermarket dan kedai-kedai runcit. Lantaran itu Program Promosi Produk IAT di Pasar Tani amat sesuai kerana faktor kos murah yang murah dan capaian kepada pengguna yang berkesan.

Tujuan

  1. Sebagai satu saluran untuk pengguna mendapatkan produk IKS.
  2. Membolehkan pengguna mendapatkan produk-produk IAT dengan harga yang berpatutan dipasar tani.
  3. Membantu usahawan memasarkan produk keluaran mereka dengan lebih teratur dan terurus.
  4. Usahawan dapat mengadakan promosi dan jualan dipasar tani pada kos yang minima.


Skop Perkhidmatan
Perkhidmatan yang diberikan kepada usahawan PKS adalah seperti berikut:

  1. Menyediakan lot-lot promosi dipasar tani terpilih dengan menggunakan khemah promosi IAT dipasar tani dan usahawan IAT menggunakan khemah ini untuk mempromosikan produk keluaran mereka dalam jangkamasa maksima 3 bulan (12 kali).
  2. Usahawan IAT yang mengambil bahagian dalam program ini hanya dibenarkan mempromosikan produk-produk HALAL IAT yang kandungan utama produk merupakan hasil-hasil pertanian yang dikeluarkan di Malaysia.
  3. Memantau keseluruhan projek agar ia selari dengan objektif yang dirancangkan.
  4. Panduan Pengurusan khemah dan peralatan promosi serta Penyediaan khemah dan peralatan promosi boleh dilaksanakan melalui pilihan berikut :
PILIHAN 1 Pegawai urusetia dan pejabat FAMA negeri melaksanakan sendiri urusan pemasangan dan penyediaan kelengkapan.
PILIHAN 2 Urusan pemasangan dan penyediaan kelengkapan diserahkan kepada persatuan pasar tani berkenaan dan FAMA membayar upahan diatas kerja-kerja pemasangan dan pembukaan serta penyediaan kelengkapan promosi.
Bayaran upah ini perlu dirundingkan oleh pegawai pasar tani negeri dan peruntukkan boleh dipohon melalui PFN ke cawangan PPKS.

Syarat-syarat untuk mendapatkan perkhidmatan

  1. Permohonan untuk menyertai program ini boleh dikemukakan oleh usahawan dengan mengisi borang IAT 01-04/09 dan mengembalikan borang ini kepada pegawai PKS negeri.
  2. Tiada apa-apa bayaran dikenakan kepada usahawan yang menyertai program promosi ini.
  3. Segala bentuk bayaran yang terlibat dalam program promosi ini adalah dibawah tanggungan peruntukan 'Pemasaran-Pameran & Karnival Jualan' Ibu Pejabat.
  4. Usahawan mestilah berdaftar dengan FAMA.
  5. Produk yang dikeluarkan mestilah halal.
  6. Tempoh masa maksima penyertaan usahawan dalam program ini adalah selama 3 bulan.
  7. Usahawan hendaklah mematuhi terma dan syarat urusniaga serta operasi pasar tani.
  8. Usahawan perlu menyediakan sendiri peralatan serta kelengkapan untuk aktiviti promosi.


Cara-cara memohon
Mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dari Cawangan Industri Asas Tani , Ibu Pejabat FAMA atau Pejabat FAMA Negeri yang berhampiran.

Lampiran : BORANG IAT 01-14 - Versi Ringkas 2014