Pembangunan Usahawan Pemasar Pembangunan Usahawan Pemasar

PROGRAM PENGATURAN PASARAN

Pengenalan
 
Pengaturan Pasaran adalah satu pendekatan yang dirancang oleh FAMA bagi memperkenalkan dan meluaskan pasaran produk makanan usahawan PKS di dalam dan luar negara. Program ini dilaksanakan melalui penganjuran karnival, ekspo, pesta dan lain-lain aktiviti promosi yang melibatkan penyetaan usahawan.
Tujuan
  • Memberi peluang kepada usahawan PKS memasar dan mempromosikan sendiri produk yang dihasilkan terus kepada pengguna
  • Untuk meningkatkan jaringan perniagaan dan memperluaskan ruang pasaran baru.
  • Membolehkan usahawan memahami kehendak pasaran dari segi permintaan dan trend pasaran.
  • Membantu usahawan PKS memasuki pasaran khususnya ke hyper/supermarket.
  • Program Pengaturan Pasaran FAMA yang boleh disertai oleh usahawan PKS.
  • Karnival, Pesta, Ekspo Jualan dan Promosi Produk Makanan.
  • Jualan konsesi dipasaraya terpilih.
  • 'In-Store promotion' di pasaraya terpilih.
  • Pameran perdagangan dalam dan luar negara.
  • Perkhidmatan ang disediakan oleh FAMA

Bil
Program
Perkhidmatan dan Peranan FAMA
Peranan dan Tanggungjawab Usahawan
1
Karnival, Pesta, Ekspo
Jualan dan Promosi Produk
Makanan.
  • menyediakan booth dan rak jualan.
  • publisiti dan iklan.
  • mendapat kelulusan dari PBT.
  • menyediakan produk yang berkualiti dan sesuai untuk dijual.
  • menyediakan bahan promosi.
  • memastikan bekalan untuk dijual mencukupi sepanjang program.
  • menawarkan harga istimewa kepada pengguna.
2
Jualan Konsesi Di Pasaraya.
  • menyediakan kaunter promosi di pasaraya terpilih.
  • pemilihan usahawan dan produk yang berpotensi
  • mengadakan program promosi bersama usahawan.
  • mengadakan KPI unutk pemantauan dan penilaian prestasi usahawan.
  • menyediakan produk yang berkualiti dan sesuai untuk dijual.
  • menyediakan bahan promosi.
  • memastikan bekalan untuk dijual mencukupi sepanjang program berlangsung.
  • memastikan pembungkusan mengikut kehendak pasaran.
  • menawarkan harga yang kompetitif atau tawaran harga istimewa kepada pengguna.
  • bekerjasama dengan promoter bagi program promosi.
  • bersedia menerima pulangan produk.
3
In-Store Promotion Di Pasaraya Terpilih.
  • menyediakan ruang dan kaunter promosi.
  • pemilihan usahawan dan produk yang berpotensi.
  • mengadakan program promosi bersama usahawan.
  • menyediakan produk yang berkualiti dan sesuai untuk dijual.
  • menyediakan bahan promosi.
  • memastikan bekalan untuk dijual mencukupi sepanjang program berlangsung.
  • pembungkusan produk hendaklah mengikut kehendak pasaran.
  • menawarkan harga yang kompetitif atau tawaran harga istimewa kepada pengguna.
  • bekerjasama dengan promoter bagi program promosi.
4
Jualan Konsesi Di Pasaraya
  • menyediakan booth pameran.
  • menyediakan rak peragaan yang bersesuaian.
  • memilih peserta dikalangan usahawan yang berpotensi.
  • menetukan jenis produk untuk pameran dan jualan.
  • menyediakan ruang untuk perbincangan & Business Matching.
  • untuk penyertaan usahawan ke luar negara kos penghantaran produk akan ditanggung oleh FAMA.
  • menyediakan produk.
  • menyediakan sampel untuk promosi.
  • memastikan bekalan mencukupi sepanjang program berlangsung.
  • memastikan produk mengikut Akta Makanan.
  • memastikan pembungkusan mengikut kehendak pasaran.
  • melantik promoter sekiranya diperlukan.
 
Skop Perkhidmatan
Perkhidmatan yang diberikan kepada usahawan PKS adalah seperti berikut:
  • Lawatan.
  • Latihan (Kursus, Seminar, Bengkel, Dialog dan lain-lain).
  • Maklumat pasaran.
  • Sangkutan industri.
  • Mentor-mentee.
  • Pemadanan Perniagaan 'Business Matching'.
  • Direktori Perniagaan.
Syarat-syarat mendapatkan perkhidmatan
  • Semua usahawan PKS Asas Tani adalah layak memohon.
  • Berdaftar dengan FAMA.
Cara-cara memohon
Mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dari Cawangan Industri Asas Tani, Ibu Pejabat FAMA atau Pejabat FAMA Negeri yang berhampiran.

Muat turun borang di sini.
27 Julai 2014 03:35 PM