Program Malaysian Agro Entrepreneurial Club for University Students (MYAGROSIS)

LATAR BELAKANG :
Malaysian Agro Entrepreneurial Club for University Students (MYAGROSIS) diwujudkan pada 17 Disember 2011 untuk pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi memberikan pendedahan dan dorongan kepada mereka menceburi bidang keusahawanan pertanian dan agromakanan. Kelab MYAGROSIS ditubuhkan oleh pelajar IPT dan dibimbing oleh semua Agensi Kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Melalui usaha ini, diharapkan supaya pelajar yang menyertai Kelab MYAGROSIS dapat meneruskan transformasi pertanian dan agromakanan ke arah sektor yang lebih moden, dinamik serta berdaya saing pada masa akan datang.   

TUJUAN :

  • Memupuk minat dalam bidang keusahawanan pertanian dikalangan pelajar IPT.
  • Memberi pendedahan asas kepada pelajar IPT dalam bidang pertanian yang boleh dijadikan sebagai pilihan kerjaya yang utama.
  • Memberi kesedaran kepada pelajar IPT tentang peranan dan perhatian Kerajaan terhadap kepentingan golongan belia dan pelajar sebagai pelapis serta pewaris bangsa dan negara dalam kemajuan industri agromakanan negara.
  • Membantu meningkatkan nilai-nilai keusahawanan tani dan asas tani dikalangan pelajar.
  • Mendorong kelahiran usahawan tani yang moden, dinamik dan berdaya saing dikalangan graduan IPT.
 
INPUT OUTPUT OUTCOME & IMPAK
  1. Memberi kesedaran kepada  pelajar IPT bahawa kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada peranan  mahasiswa dan belia di dalam membangunkan negara.
  2. Memberi pendedahan kepada siswazah untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian.
  1. Melahirkan pelajar lepasan IPT berminat untuk menceburi bidang  pengeluaran & pemasaran produk berasaskan pertanian.
  2. Melahirkan usahawan tani yang kreatif, moden,  berkeyakinan dan mempunyai daya saing  tinggi dalam bidang pengeluaran & pemasaran  dengan teknologi  & inovasi  ke arah pertanian moden.
  1. Menyediakan golongan pelapis  yang berilmu sebagai pemangkin kepada sektor pertanian negara bagi menerajui proses transformasi  pada kadar yang cepat dan berkesan.
  2. Meningkatkan  daya saing produktiviti , kualiti, pengeluaran dan  pemasaran pertanian negara berasaskan output berkualiti yang berterusan sebagai outcome.


PROJEK – PROJEK MYAGROSIS :
Melalui Kelab MYAGROSIS di IPT, pelajar yang berminat akan menjadi ahli dan menerima Kad Keahlian MYAGROSIS yang akan dikeluarkan oleh pihak Agrobank. Projek-projek berasaskan kepada pertanian dan keusahawanan akan dipilih dan dijalankan di dalam kawasan IPT secara bersama dengan Jabatan dan Agensi di bawah MOA sebagai pembimbing yang telah dipadankan bagi setiap IPT. Keuntungan projek yang dijalankan akan disalurkan ke dalam akaun Kelab sebagai modal pusingan pengurusan projek seterusnya. Projek-projek lain dibawah pelaksanaan Kelab MYAGROSIS adalah: