Kami berjanji menunaikan amanah kerajaan dalam menguruskan perakaunan dan kewangan negara berdasarkan undang-undang aturan dan peraturan yang berkaitan secara profesional dan mesra pelanggan.

Kami berjanji memberi perkhidmatan:

  • Melaksanakan proses pembayaran dalam tempoh 14 hari bekerja selepas bagi dokumen yang telah lengkap.

  • Mengurus pembayaran pukal dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima Fail AP504.

  • Mengurus pembayaran gaji bulanan kakitangan FAMA pada tarikh yang ditetapkan.

  • Memastikan terimaan diperakaunkan mengikut AP78.

  • Memantau aktiviti perakaunan dan pelarasan berikutan panjar, deposit pelarasan, pinjaman/pendahuluan diri, penghantaran sijil pengesahan baki, bayaran balik hasil dan lain-lain yang dipertanggungjawabkan dilaksanakan dengan sempurna.

  • Memantau aktiviti perakaunan perolehan aset dan inventori beserta pelarasan baucar jurnal.

  • Menyediakan Penyata Kewangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) setiap bulan.

  • Memberikan khidmat nasihat perakaunan kepada Lembaga Pemasran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam tempoh 7 hari daripada tarikh permohonan diterima.

  • Menyedia/menyelaras dan mengemukakan maklum balas laporan audit 30 hari dari tarikh pertanyaan audit atau mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh audit.