Piagam Pelanggan

  1. Memproses setiap Permohonan e-Sijil 3P yang telah divarifikasikan melalui Sijil Perakuan Pematuhan Dieksport yang dipertanggungjawabkan kepada FAMA dalam tempoh 1 hari bekerja.
     
  2. Memberi Khidmat Pemasaran dengan mengaturkan jadual pemasaran hasil-hasil pertanian berkualiti bagi pihak pekebun kecil mengikut harga pasaran dalam tempoh 1 hari bekerja.
     
  3. Memberi Khidmat Maklumat Pasaran dengan membekalkan maklumat terkini hasil-hasil pertanian terpilih untuk kumpulan sasar membuat keputusan pemasaran dalam tempoh 1 hari bekerja.
     
  4. Membalas Maklum Balas Pertanyaan Yang Diterima daripada orang awam dalam tempoh 1 hari bekerja dan Menjawab Sepenuhnya Aduan Awam bermula daripada tarikh aduan diterima dalam tempoh 1 minggu bekerja.
     
  5. Memproses Permohonan Penyertaan Pasar Tani atau Pembaharuan Permit Berniaga Pasar Tani dari tarikh permohonan lengkap diterima dalam tempoh 1 minggu bekerja.
     
  6. Memproses Permohonan Sebagai Vendor Agromas / Olemas dari tarikh permohonan lengkap diterima dalam tempoh 1 bulan bekerja.