PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Audit Kewangan
Penguditan Kewangan adalah pendekatan audit bagi menentukan wujudnya kesempurnaan dan keutuhan sistem kawalan dalaman dan pematuhan kepada peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Tujuan auditan ini adalah untuk memastikan semua pembayaran adalah dibenarkan dan diperakaunkan dengan teratur, hasil dikenakan, dipungut dan diperakaunkan dengan betul serta harta/inventori disimpan, dikawal, diselenggara dan dilupuskan mengikut prosedur sepatutnya. Disamping itu, Audit Kewangan juga menentukan samada sistem perakaunan, dokumen dan rekod boleh menghasilkan maklumat yang tepat dan cepat untuk kegunaan pihak pengurusan atasan.

Audit Prestasi
Pengauditan yang dijalankan bagi menentukan samada sesebuah agensi menggunakan sumber-sumber ekonomi secara cekap dan berkesan dalam menjalankan tanggungjawabnya.