PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

CAWANGAN LATIHAN

  1. Latihan kepada Warga FAMA
    Cawangan Latihan FAMA membuat perancangan latihan mengikut keperluan dan permintaan situasi semasa, menjalankan latihan atau memantau latihan yang dijalankan untuk warga FAMA bagi meningkatkan kemahiran dan kompetensi kakitangan.
     
  2. Institut Latihan FAMA Negeri Sembilan 
    Menyediakan kemudahan untuk menjalankan latihan seperti dewan seminar, penginapan dan pakej kursus. Kemudahan adalah untuk warga FAMA dan agensi-agensi luar yang memerlukan kemudahan-kemudahan yang selesa untuk menjalankan latihan.
     
  3. Institut Latihan FAMA Kelantan
    ILFKB merupakan sebuah Pusat Bertauliah yang menjalankan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 (single tier) secara sepenuh masa dalam bidang Pemasaran Pertanian. Program yang dijalankan mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan tempoh pengajian adalah selama 1 tahun 6 bulan.

​​​​Objektif ILFKB ialah :

  • Melahirkan pelatih yang berketerampilan dan berdaya saing dalam bidang pemasaran pertanian;
  • Membentuk pelatih yang mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia supaya menjadi modal insan yang berkualiti;
  • Menyediakan medium pembelajaran yang komprehensif meliputi aspek pembangunan kendiri pelatih, modul-modul pembelajaran yang lengkap dan berkualiti serta tenaga pengajar yang pakar dan berpengalaman dalam bidang pemasaran pertanian.
     

CAWANGAN PENDIDIKAN PEMASARAN
Bahagian Pendidikan Pemasaran menyediakan khidmat nasihat dan latihan yang berfokus kepada:

  • Kursus Pemasaran
  • Kursus Pensijilan (HALAL, Mesti, HACCP)
  • Kursus Penjenamaan 
  • Kursus Pengurusan Kewangan 
  • Kursus Pemasaran Internet 
  • Kursus Keusahawanan
     

Syarat-Syarat Penyertaan:

  • Usahawan FAMA (Peserta Kontrak Pemasaran, Khidmat Pemasaran (IAT), Peserta Pasar Tani, dan lain-lain)
  • Usahawan Agromakanan ( Produk sayur, buah dan Industri Asas Tani)
  • Usahawan Baru 

Bagi kursus-kursus yang dibuka kepada umum  permohonan penyertaan perlu dibuat menerusi pautan permohonan dalam talian yang diberi.

Pengumuman perlaksanaan kursus akan dibuat menerusi Laman Web Rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di www.fama.gov.my  dan di laman sosial rasmi Facebook Pendidikan Pemasaran FAMA di  https://www.facebook.com/PendidikanPemasaranFAMA