PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Bahagian maklumat pasaran menjurus kepada penyediaan dan penyaluran maklumat berkaitan produk pertanian terpilih iaitu :

Maklumat Primer

  • Maklumat harga purata keluaran pertanian terpilih di peringkat ladang, borong dan runcit seluruh Malaysia.
  • Laporan analisis harga harian bagi 22 komoditi pertanian utama.
  • Laporan analisis harga pasar awam setiap minggu
  • Maklumat anggaran pengeluaran buah-buahan bermusim
  • Maklumat lokasi projek FAMA (GIS)
  • Penerbitan buku Warta Barangan
  • Penerbitan buku Statistik Utama Pemasaran FAMA (dalaman FAMA sahaja)
  • Penerbitan Tinjauan Pasaran Keluaran Hasil Pertanian & Produk Industri Asas Tani

Maklumat Sekunder

  • Maklumat sekunder - Perdagangan Luar Negeri Hasil Pertanian Terpilih Malaysia oleh Bahagian Dasar & Perancangan Strategik, MAFI
  • Maklumat sekunder - Akaun Pembekalan & Penggunaan Komoditi Pertanian Terpilih oleh Jabatan Perangkaan Malaysia