Pembangunan Infrastruktur Pemasaran Pembangunan Infrastruktur Pemasaran

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR PEMASARAN DI PERINGKAT LADANG

Pengenalan
 
Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) adalah satu pusat pengumpulan hasil-hasil pertanian secara berkelompok yang dibina di kawasan ladang. Ia bertujuan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk mengurangkan kerosakan lepas tuai dan menambah nilai hasil pertanian melalui penggredan, pelabelan dan pembungkusan supaya dapat memberi keuntungan yang lebih kepada pengeluar.

Selain itu, PPL juga berfungsi sebagai tempat simpanan sementara, pusat maklumat pasaran, pusat latihan pemasaran, serta tempat pertemuan di antara pengeluar dan pembeli bagi memudahkan urusan penetapan harga dan jual-beli.
 
Tujuan
  • Mengurangkan pembaziran lepas tuai melalui amalan pengendalian lepas tuai yang betul, termasuk aktiviti penggredan, pembungkusan dan perawatan.
  • Menambah nilai hasil pertanian melalui aktiviti hiliran (pemprosesan)
  • Pengumpulan dan penyaluran maklumat melalui Sistem Pemadanan Bekalan dan Permintaaan (SDVI)
  • Bertindak sebagai pusat kecemerlangan pembangunan produk dan pemasaran
Skop Perkhidmatan FAMA
  • Penyediaan kemudahan lepas tuai seperti peralatan penggredan, pembungkusan, rawatan, penyimpanan dan pengangkutan.
  • Pengumpulan dan penyebaran maklumat pasaran
  • Pusat pemindahan teknologi pengendalian lepas tuai
  • Medan pertemuan di antara pengeluar dan pemasar melalui Kontrak Pemasaran
  • Tempat simpanan sementara
  • Tempat untuk aktiviti menggred dan pembungkusan
  • Melatih dan meyakinkan pengeluar memasarkan hasil mereka sendiri
  • Pusat kecemerlangan pembangunan produk
  • Tempat pengumpulan hasil secara berkelompok dan mengurangkan kerosakan
  • Memudahkan urusan tawar menawar harga dan jual-beli
  • Sumber maklumat pasaran.
Kumpulan Sasaran
  • Kumpulan pengeluar berkelompok (petani dan penternak) seperti peserta TKPM, MoA Inc.
  • Projek Kelompok Swasta secara komersil.
  • Peserta kontrak pemasaran dengan FAMA.
  • Kumpulan pengeluar dari projek-projek di bawah seliaan jabatan dan agensi kerajaan.
Kelayakan
 
Bergantung kepada kesesuaian dan potensi sesuatu projek serta mendapat persetujuan daripada pejabat FAMA Negeri dan kelulusan daripada Ibu Pejabat FAMA.
 
Cara Memohon
  • Hubungi Pejabat FAMA Daerah atau Pejabat FAMA Negeri bagi membolehkan pihak FAMA membuat kajian awal kesesuaian projek.
  • Pihak FAMA yang berkenaan akan mengemukakan Borang 1 iaitu Borang Cadangan Penubuhan.
22 Jun 2018 09:52 AM