BAHAGIAN REGULATORI

Peranan utama bahagian ini adalah menyediakan perkhidmatan, khidmat nasihat yang cekap dan efektif serta sebagai pemudahcara kepada pelanggan bagi mengawal selia aktiviti pemasaran produk agromakanan melalui penguatkuasaan undang-undang sedia ada di bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965, AKTA 141 adalah seperti berikut: -

  1. Peraturan–Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan,Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) 2008;
  2. Peraturan-Peraturan Pendaftaran Orang-Orang Yang Melibatkan Diri Dalam Pemprosesan Atau Pemasaran Keluaran Pertanian 1989;
  3. Rancangan Pemasaran Kelapa 1973;
  4. Rancangan Pemasaran Kopi 1971;
  5. Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pelesenan Pengeksportan Buah-Buahan) 1990; dan
  6. Peraturan-Peraturan Pemasaran Sayur 1975.