PENJENAMAAN AGROMAS

PENGENALAN
Projek penjenamaan AgroMas merupakan program FAMA dalam membangunkan produk-produk usahawan di mana FAMA bertanggungjawab ke atas pembangunan dan pemasaran produk tersebut.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan imej produk dari segi kualiti dan citarasa.
  • Meningkatkan imej produk dari segi rekabentuk pembungkusan, grafik   dan pelabelan.
  • Meningkatkan pasaran dan jualan produk.
  • Meningkatkan pendapatan usahawan.

FAEDAH YANG DITERIMA

  • Penampilan imej dan konsep yang seragam bagi semua kategori produk di bawah jenama AgroMas.
  • Penambahbaikan kualiti dan rasa produk agar mampu bersaing dalam pasaran.
  • Bantuan rekabentuk pembungkusan dan cetakan pertama bagi produk di bawah jenama AgroMas.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Jangkahayat produk melebihi 1 tahun.
  • Mempunyai Sijil HALAL JAKIM. 
  • Mempunyai Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).
  • Mempunyai potensi pasaran dan permintaan.
  • Status vendor adalah dari kategori PKS 4 – PKS 6.
  • Merupakan pengeluar produk sebenar (bukan OEM).
  • Berkeupayaan untuk membekalkan produk secara konsisten.
  • Nilai jualan SKU produk yang dipohon mestilah melebihi RM100,000 per SKU setahun untuk produk sedia ada.

CARA PERMOHONAN
Pemohon yang berminat boleh hadir ke Ibu Pejabat FAMA di Bahagian Pemasaran Industri Makanan atau Pejabat FAMA Negeri yang berhampiran bagi mendapatkan keterangan lanjut berkaitan projek penjenamaan di bawah Jenama AgroMas. 

Muat turun borang permohonan disini.