Pengenalan Peraturan GPL Pengenalan Peraturan GPL
A. PENGENALAN
 
1. Latar Belakang
  • Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) yang dikenali sebagai Peraturan 3P telahpun diwartakan pada 18hb Ogos 2008.
  • Peraturan ini telah digubal berdasarkan Seksyen 3(2) (c) Akta 141 yang menjelaskan kuasa FAMA untuk melaksanakan aktiviti penggredan, pembungkusan dan pelabelan keluaran pertanian.
  • Draf Peraturan 3P juga telah dibawa ke Jawatankuasa Notifikasi WTO pada 24hb Jun 2008 untuk memberitahu kepada negara-negara anggota WTO berkenaan dengan perancangan Malaysia menguatkuasakan Peraturan 3P. Notifikasi ini telah diuruskan bersama dengan SIRIM dan tempoh bantahan adalah dua (2) bulan dari tarikh notifikasi.
 
2. Tujuan Pelaksanaan
  1. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pemasaran keluaran pertanian supaya terus berdaya saing;
  2. Berupaya mengekalkan pasaran sedia ada atau meluaskan akses pasaran di dalam dan luar negara sejajar dengan perubahan perdagangan dunia.
 
3. Kumpulan Sasar Peraturan 3P
Peraturan 3P adalah meliputi pasaran domestik, eksport dan import.  Kumpulan sasar  yang terlibat adalah seperti berikut :-
  1. Pengeksport
  2. Pengimport
  3. Pemborong
  4. Peruncit
 
4. Hasil-hasil Pertanian Terlibat:
  1. Sayur-sayuran  (73 jenis)
  2. Buah-buahan   (56 jenis)
  3. Bunga-bungaan  (6 jenis)
  4. Kekacang   (2 jenis)
  5. Kelapa
  6. Bijirin
  7. Tebu
 
5. Kaedah Pelaksanaan
A.    Penggredan
  • Peraturan 3P menetapkan setiap hasil keluaran pertanian hendaklah digred mengikut standard.
  • Keluaran pertanian yang akan dipasarkan hendaklah digred berpandukan spesifikasi gred Malaysian Standard (MS).
  • Jika keluaran pertanian tiada memiliki spesifikasi MS, hendaklah ianya berpandukan kepada standard gred yang dinyatakan oleh FAMA dari semasa ke semasa atau berpandukan standard gred negara asal.
  • Setiap hasil keluaran digred kepada tiga kategori iaitu Gred Premium, Gred 1 dan Gred 2.
  • Penggredan menekankan kepada lima ciri utama yang merangkumi kematangan seragam, kesegaran, bebas dari kecacatan, bebas dari kerosakan dan saiz yang seragam.

B.    Pembungkusan

  • Aspek pembungkusan bagi keluaran hasil pertanian yang hendak dipasarkan perlulah mematuhi beberapa ciri yang disyaratkan, iaitu :
    • mempunyai ukuran bersesuaian dengan kuantiti keluaran pertanian yang dibungkus;
      mengandungi keluaran pertanian daripada jenis dan standard yang sama; dan
    • tidak melebihi 30 kilogram.
    • Pembungkusan juga harus memenuhi ciri kualiti, kebersihan dan ketahanan supaya memberikan perlindungan yang maksimum daripada apa-apa kerosakan terhadap keluaran pertanian semasa pengendalian dan pengankutan;
    • Diperbuat daripada bahan yang tidak boleh memberikan kesan buruk kepada keluaran pertanian yang dibungkus di dalamnya.
    • Sesuatu bungkusan yang sudah ditanda atau dilekatkan padanya dan kemudian hendak digunakan semula, maka tanda itu mestilah dipadamkan dan ditanggalkan label sedia ada sebelum digunakan.

C.    Pelabelan

  • Setiap hasil keluaran pertanian hendaklah dilabel di mana sesuatu label itu sama ada ditandakan atau dilekatkan, hendaklah :
    • Bersaiz tidak kurang daripada 11 sentimeter X 7 sentimeter,
    • Ditanda atau dilekatkan dengan kemas dan mudah dilihat di permukaan atas atau sisi bungkusan.  
  • Label hendaklah mengandungi butir-butir berikut :
    • Nama dan alamat perniagaan pengimport, pengeskport, ejen, pengeluar atau pengedar, mengikut mana-mana yang berkenaan, keluaran pertanian;
    • Nama biasa keluaran
    • Standard gred keluaran pertanian
    • Saiz keluaran pertanian
    • Negara asal keluaran pertanian
    • Berat bungkusan keluaran pertanian
    • Berat buungkusan keluaran pertanian; dan
    • Perkataan ‘produce of Malaysia’ jika keluaran pertanian itu hendak dieksport
  • Butir-butir tersebut hendaklah ditanda :
    • mudah dibaca dan tahan lama;
    • saiz huruf tidak kecil daripada 20 poin;
    • menggunakan bahasa kebangsaan dan boleh termasuk apa-apa terjemahan dalam apa-apa bahasa lain ( bagi pasaran tempatan)
    • menggunakan bahasa Inggeris dan boleh termasuk apa-apa terjemahan dalam apa-apa bahasa lain (bagi keluaran pertanian dieksport);
    • dan bahasa kebangsaan (bagi keluaran pertanian diimport)

Pages: 1  2  3  

22 November 2017 06:01 PM