Pelabelan Pelabelan
PENGENALAN
 
  1. Pematuhan Pelabelan Keluaran Pertanian
    • Suatu label yang ditanda pada suatu bungkusan keluaran pertanian atau pada apa-apa benda yang dilekatkan pada suatu bungkusan keluaran pertanian :
      a) hendaklah bersaiz tidak kurang daripada 11 sentimeter kali 7 sentimeter;
      b) hendaklah ditanda dengan kemas dan mudah dilihat di permukaan sebelah atas atau sisi bungkusan; dan
      c) hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:
      • nama dan alamat perniagaan pengimport, pengeksport, ejen, pengeluar atau pengedar, mengikut mana-mana yang berkenaan, keluaran pertanian;
      • nama biasa keluaran pertanian;
      • standard gred keluaran pertanian;
      • saiz keluaran pertanian;
      • negara asal keluaran pertanian;
      • berat bungkusan keluaran pertanian; dan
      • perkataan “Produce of Malaysia”, jika berkenaan, jika keluaran pertanian itu untuk eksport.

    • Butir-butir yang disebut dalam perenggan 1 (c) hendaklah ditandakan mengikut cara yang berikut supaya mudah dibaca dan tahan lama:
      • dalam penghurufan yang tidak kecil daripada 20 poin¾
        • dalam huruf besar kesemuanya atau huruf kecil kesemuanya atau huruf kecil yang huruf awalnya dalam huruf besar;
        • dalam warna yang kontras dengan latar belakangnya; dan
        • muka taip hendaklah sama bagi tiap-tiap perkataan;
      • jika keluaran pertanian itu bagi pasaran domestik, dalam bahasa kebangsaan dan boleh termasuk apa-apa terjemahan dalam apa-apa bahasa lain;
      • jika keluaran pertanian itu untuk eksport, dalam bahasa Inggeris dan boleh termasuk apa-apa terjemahan dalam apa-apa bahasa lain; dan
      • jika keluaran pertanian itu diimport, dalam bahasa kebangsaan.
    
  1. Tujuan Label
    • Mengenalpasti pengeluar yang mengeluarkan sesuatu hasil
    • Memberi maklumat kepada jabatan atau agensi mengenai sumber, kuantiti dan jumlah pengeluar dan jenis bekalan
    • Pelengkap kepada penguatkuasaan kawalan sisa baki racun dalam Akta Makanan 1983
    • Meningkatkan daya saing keluaran tempatan di pasaran
    • Memenuhi peraturan perdagangan antarabangsa
22 Jun 2018 09:52 AM