pasar tani kekal (PTK)

PENGENALAN

Pasar Tani Kekal (PTK) merupakan inisiatif strategik dalam menyediakan lokasi tetap dan kondusif kepada petani, penternak serta usahawan agro bagi memasarkan hasil pertanian dan produk makanan secara langsung kepada pengguna. Berbeza daripada pasar tani konvensional yang beroperasi secara mingguan atau berkala, PTK beroperasi sepanjang minggu di lokasi-lokasi strategik, sekali gus memudahkan akses pengguna kepada produk segar tempatan.

OBJEKTIF

  1. Menyediakan lokasi pemasaran tetap dan kondusif kepada petani, penternak serta usahawan agro bagi memasarkan hasil pertanian dan produk makanan secara langsung kepada pengguna.
  2. Meningkatkan akses pengguna kepada produk segar tempatan melalui operasi PTK sepanjang minggu di lokasi yang strategik.
  3. Memperkukuh rantaian pemasaran hasil pertanian tempatan dengan mengurangkan perantara dan menggalakkan jualan terus daripada pengeluar kepada pengguna.
  4. Menyokong pembangunan ekonomi usahawan agro dengan mewujudkan platform pemasaran yang stabil, berdaya saing dan berterusan.

SYARAT PERMOHONAN PASAR TANI KEKAL

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 hingga 60 tahun sewaktu permohonan.
  3. Petani dan pengeluar diberi keutamaan.
  4. Pengendali makanan wajib mengambil suntikan perlalian TYPHOID (TY2)/Sijil Pengendalian Makanan dan mengepilkan bersama borang permohonan.
  5. Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar hendaklah mengepilkan kad pendaftaran OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  6. Mengisi borang permohonan Pasar Tani Kekal dan mengemukakan ke Pejabat FAMA berhampiran.

CARA PERMOHONAN PASAR TANI KEKAL

  1. Muat turun Borang Permohonan Pasar Tani Kekal melalui Pejabat FAMA Negeri dan Pejabat FAMA Daerah.
  2. Lengkapkan borang permohonan dan hantar ke Pejabat FAMA Negeri atau Pejabat FAMA Daerah berhampiran untuk diproses.