Bahagian Pembangunan Modal Insan berperanan merencana, mengkoordinasi, menyelaras dan melaksanakan program – program kepada warga kerja FAMA agar menjadi sumber manusia terlatih, kompeten dan berdaya saing dalam melaksana tugas. Selain itu, bahagian ini juga bertanggungjawab dalam menyediakan latihan, khidmat nasihat, bimbingan dan perundingan dalam ilmu pemasaran kepada kumpulan sasar seperti usahawan FAMA, usahawan agromakanan dan usahawan yang baru merancang untuk memulakan perniagaan agromakanan.

 

Bahagian ini mempunyai dua cawangan iaitu cawangan latihan dan cawangan pendidikan pemasaran.