Pengenalan dan Definisi Halal Pengenalan dan Definisi Halal

Pengenalan

Definisi Halal

Isu semasa yang berterusan di Malaysia adalah mengenai halal dan pensijilan halal. Sejauh manakah sesuatu dianggap halal dan bagaimanakah sijil halal di Malaysia dikawal dan diselia? Mengenai soalan pertama, laman web Kerajaan Malaysia telah menyediakan penerangan ringkas mengenai jenis makanan halal, dimana semua makanan dianggap halal kecuali perkara-perkara berikut:

  • Daging dan produk babi
  • Haiwan yang tidak disembelih dengan sempurna atau mati sebelum penyembelihan
  • Haiwan yang tidak disembelih atas nama Allah
  • Alkohol dan semua bentuk minuman yang memabukkan dan berbahaya
  • Haiwan karnivor, burung pemangsa dan haiwan darat tanpa telinga luar
  • Perosak seperti tikus, lipan, kala jengking dan haiwan lain yang serupa dengannya
  • Haiwan yang dilarang dibunuh dalam Islam, contohnya semut, lebah, labah-labah dan burung belatuk
  • Haiwan yang dianggap menjijikkan seperti kutu, lalat, ulat dan haiwan lain yang serupa dengannya
  • Haiwan yang hidup di darat dan di air seperti katak, buaya dan haiwan lain yang serupa dengannya
  • Darah dan produk darah
  • Makanan dan minuman yang mengandungi mana-mana bahan-bahan yang haram di atas atau dicemari melalui sentuhan dengan mana-mana produk di atas
19 Julai 2018 02:28 PM