Bahasa Malaysia |  

For disability access, select any text and click the button below

 

PENGELUARAN PERMIT EKSPORT
 
Peraturan Yang Terlibat
Peraturan Kastam (Peraturan Larangan Eksport), 1998

Skop Dan Bidang Kuasa Fama
  •  Pengeluaran Permit Eksport Hasil Pertanian
  •  Pengeluaran Sijil Tempasal (Certificate of Origin)
  •  Pengeluaran Permit Eksport Hasil Pertanian

Jenis Komoditi Yang Memerlukan Permit
  •  Sayur-sayuran
  •  Buah-buahan (Belimbing dan Betik Eksotika)
  •  Bawang/bawang putih (Eksport semula)

Pejabat Pengeluar
  •  Ibu Pejabat FAMA
  •  Pejabat-pejabat FAMA Negeri / Pejabat FAMA Wilayah Persekutuan Labuan

Syarat-Syarat Dan Cara Memohon Permit Eksport

Sayur-sayuran
  • Mempunyai Lesen Sayur yang dikeluarkan oleh FAMA sekiranya pengeksportan melibatkan sayuran dari Kawasan Tertentu (Peraturan Pemasaran Sayur, 1975), iaitu Daerah Johor Bahru dan Daerah Kota Tinggi, Negeri Johor
  • Isi Borang Permohonan Permit Eksport (Borang PK2). Borang ini boleh dibeli daripada Ibu Pejabat FAMA atau
  • Pejabat FAMA Negeri dengan harga RM30.00 satu pad (50 set).
  • Bayaran permit ialah RM5.00 bagi setiap Borang PK2 yang disahkan
  • Tempoh sah permit ialah 2 minggu

Buah-buahan
  • Mempunyai Lesen Mengeksport Buah-buahan (Belimbing dan Betik Eksotika) yang dikeluarkan oleh FAMA.
  • Mempunyai Sijil Pengesahan Gred bagi buah-buahan yang diwajibkan digred (Peraturan Penggredan).
  • Isi Borang Permohonan Permit Eksport (Borang PK2).
  • Bayaran permit (PK2) yang dieluarkan ialah RM5.00 bagi setiap satu.  Bayaran permit ini akan dikecualikan bagi buah-buahan yang diwajibkan digred, tertakluk kepada syarat khusus mengenainya.
  • Tempoh sah permit ialah 1 minggu.

Bawang/ Bawang Putih (Pengeksportan Semula)
  • Permit Pengeksportan Semula hanya dikeluarkan untuk komoditi yang diimport dalam tempoh satu bulan atau
  • kurang daripada tarikh permohonan.  
  • Had kelulusan eksport ialah setakat 50% daripada jumlah kuantiti import berkenaan.
  • Setiap permohonan Permit Eksport (Borang PK2) tidak boleh melebihi 30 tan metrik.
  • Kemukakan Borang Kastam K1 (Pengisytiharan Import sebagai bukti pengimportan.
  • Bagi pengeksport yang tidak mengimport sendiri, mereka perlu mengemukakan invois belian bawang/bawang putih daripada pengimport dan salinan Borang K1.
  • Dapatkan Sijil Tempasal yang dikeluarkan oleh FAMA (bagi eksport bawang putih ke negara- negara Kesatuan Eropah atau negara-negara yang memerlukannya sahaja).
  • Isi Borang PK2 dengan lengkap
  • Sertakan bayaran permit sebanyak RM10.00 bagi pengeksportan semula 5 tan metrik atau
  • kurang. Bayaran permit bagi pengeksportan lebih daripada 5 hingga 30 tan metrik ialah RM30.00 bagi setiap permit  yang dikeluarkan.
  • Tempoh sah permit ialah 1 bulan.