For disability access, select any text and click the button below
|
PENGELUARAN LESEN SAYUR
|
| Peraturan yang terlibat |
: Peraturan Pemasaran Sayur 1965 |
| Keperluan Peraturan |
: Lesen |
| Tempoh sah Lesen |
: Satu Tahun (Lesen tamat pada 31 hb Disember) |
| Kawasan dikuatkuasakan |
: Daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi, Johor |
| Kategori Lesen |
: Pembeli, Penjual , Pengeksport |
|
Siapa Perlu Mendapatkan Lesen
- Pembeli dan penjual sayur
- Pengeksport sayur
Syarat-Syarat Permohonan
- Pemohon mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Mempunyai premis perniagaan yang sesuai dengan jenis perniagaan yang dilakukan.
- Mempunyai pengalaman dalam bidang yang hendak dipohon.
- Mempunyai kelengkapan perniagaan seperti alat timbang, bahan pembungkusan, pengangkutan dan lain-lain.
Cara Memohon
Permohonan Baru
Isi borang (BP/L1) (2 salinan) dan hantar ke Pejabat FAMA Daerah di tempat perniagaan pemohon. Borang ini boleh didapati daripada Ibu Pejabat FAMA dan semua Pejabat FAMA Negeri atau Daerah. Dokumen berikut perlu disertakan:
- Dua keping gambar pemohon berukuran pasport
- Salinan maklumat pendaftaran perniagaan terkini daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Yuran proses lesen sebanyak RM10.00 dalam bentuk wang tunai/cek/ Wang Pos/Kiriman
- Wang. Bayaran Lesen RM100.00 setahun dalam bentuk wang tunai/cek/Wang Pos/Kiriman Wang.
Permohonan Pembaharuan Lesen
Isi Borang BP L2 (2 salinan) dan hantar ke Pejabat FAMA Daerah di tempat perniagaan pemohon. Borang ini boleh didapati daripada Ibu Pejabat FAMA dan semua Pejabat FAMA Negeri atau Daerah. Dokumen berikut perlu disertakan:
- Salinan maklumat pendaftaran perniagaan terkini daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
- Bayaran Lesen RM100.00 setahun dalam bentuk wang tunai/cek/Wang Pos/Kiriman Wang.
|
|