Bahasa Malaysia |  

For disability access, select any text and click the button below

PENGELUARAN LESEN KOPI

Peraturan yang  terlibat  : Rancangan Pemasaran Kopi 1971
Keperluan Peraturan  : Lesen memebeli buah dan biji kopi
Tempoh sah lesen  : Satu tahun (Lesen tamat pada 31hb. Disember).
Kawasan dikuatkuasakan  : Selangor sahaja

 Siapa Perlu Mendapatkan Lesen

  • Semua pembeli buah atau biji kopi yang belum digoreng daripada mana-mana peladang kopi
  • Semua pembeli buah atau biji kopi yang belum digoreng yang membeli bagi maksud penjualan dan pengeksportan sama ada dalam bentuk asal, atau sudah diproses


Syarat-Syarat Permohonan
 

  •   Pemohon mesti mempunyai pendaftaran perniagaan daripada SSM
  •   Mempunyai premis perniagaan yang sesuai dengan jenis perniagaan yang dilakukan
  •   Mempunyai pengalaman dalam bidang yang dipohon.
  •   Mempunyai kelengkapan perniagaan seperti alat timbang, pengangkutan, bahan pembungkusan dan lain-lain.


Cara Memohon
Permohonan Baru
Isi Borang BP/L1 (2 salinan) dan hantar ke Pejabat FAMA Daerah di tempat pemohon. Borang ini boleh didapati daripada Ibu Pejabat FAMA dan semua Pejabat FAMA Negeri atau Daerah dengan bayaran RM1.00 setiap satu. Dokumen berikut perlu disertakan:

  •    Dua keping gambar pemohon berukuran pasport.
  •    Salinan maklumat Pendaftaran Perniagaan terkini daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  •    Yuran proses lesen sebanyak RM10.00 dalam bentuk wang tunai/cek/Wang Pos/Kiriman Wang.
  •    Bayaran Lesen: RM10 setahun dalam bentuk wang tunai/cek/Wang Pos/Kiriman Wang.

Permohonan Pembaharuan Lesen
Isi Borang BPL 2 (1 salinan) dan hantar ke Pejabat FAMA Daerah di tempat pemohon. Borang ini boleh didapati daripada Ibu Pejabat FAMA dan semua Pejabat FAMA Negeri atau Daerah dengan bayaran RM1.00 setiap satu. Dokumen berikut perlu disertakan:

  •     Salinan maklumat pendaftaran perniagaan terkini dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  •     Bayaran pembaharuan lesen sebanyak RM10.00 dalam bentuk wang tunai/cek/Wang Pos/Kiriman Wang.
  •     Bayaran Lesen : RM10.00 setahun dalam bentuk wang tunai/cek/Wang Pos/Kiriman Wang.