For disability access, select any text and click the button below
|
PENGELUARAN LESEN KELAPA | Peraturan yang terlibat | Rancangan Pemasaran Kelapa 1973 | | Keperluan Peraturan | Lesen | | Tempoh sah lesen | Satu tahun (Lesen tamat pada 31hb. Disember). | | Kawasan dikuatkuasakan | Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor, Kelantan, Terengganu,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. | | | Kategori Lesen - Pembeli kelapa
- Pembeli kelapa kering
- Pembeli kelapa/kelapa kering
- Pembeli atau pemproses yang membeli kelapa daripada peladang kelapa sama ada kelapa kering atau buah kelapa lebih daripada 50 biji.
- Pembeli yang membeli kelapa daripada pihak lain lebih daripada 50 biji dengan tujuan selain daripada menjual runcit.
- Sesiapa yang memiliki atau yang membuat perkiraan untuk mengangkut kelapa lebih daripada 100 biji, atau Kelapa kering lebih daripada 60 kg (1 pikul) melainkan jika dibuktikan ia adalah peladang atau peruncit
Syarat-Syarat Permohonan - Pemohon mesti mempunyai pendaftaran perniagaan/individu.
- Mempunyai premis perniagaan yang sesuai dengan jenis perniagaan yang dilakukan
- Mempunyai pengalaman dalam bidang yang hendak dipohon.
- Mempunyai kelengkapan perniagaan seperti alat timbang, bahan pembungkusan, pengangkutan dan lain-lain.
Cara Memohon Permohonan Baru Isi Borang BP/L1 (2 salinan) dan hantar ke Pejabat FAMA Daerah di tempat pemohon. Borang ini boleh didapati daripada Ibu Pejabat FAMA dan semua Pejabat FAMA Negeri atau Daerah. Dokumen berikut perlu disertakan: - Dua keping gambar pemohon berukuran pasport.
- Salinan maklumat Pendaftaran Perniagaan terkini daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia
- Yuran proses lesen sebanyak RM10.00 dalam bentuk wang tunai/cek/Wang Pos/Kiriman Wang.
- Bayaran Lesen: RM10.00 setahun dalam bentuk wang tunai/cek/Wang Pos/Kiriman Wang.
Permohonan Pembaharuan Lesen Isi Borang BPL 2 (1 salinan) dan hantar ke Pejabat FAMA Daerah di tempat pemohon. Borang ini boleh didapati daripada Ibu Pejabat FAMA dan semua Pejabat FAMA Negeri atau Daerah. Dokumen berikut perlu disertakan: - Salinan maklumat pendaftaran perniagaan terkini dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia
- Bayaran pembaharuan lesen sebanyak RM10.00 dalam bentuk wang tunai/cek/Wang Pos/Kiriman Wang.
| |
|