Pengeksportan Isi Durian Sejuk Beku ke China Pengeksportan Isi Durian Sejuk Beku ke China
PENGEKSPORTAN ISI DURIAN SEJUK BEKU KE CHINA
 
  1. PENGENALAN
  • Protokol eksport isi durian sejuk beku ditandatangani pada 12 Mei 2008
  • Laluan pasaran isi durian sejuk beku telah diluluskan oleh General Administration of Quality Supervision, Inspection and Quarantine of the People's Republic of Chaina (AQSIQ) pada 11 Mei 2011.
  • Varieti yang sesuai untuk pengeksportan ke China ialah D24 & D197 (Musang King).

  

    
  1. SYARAT EKSPORT ISI DURIAN SEJUK BEKU KE REPUBLIK RAKYAT CHINA
    • Buah durian mestilah dari ladang yang telah diakreditasikan oleh Jabatan Pertanian (DoA) dan telah menerima sijil Skim Akrdetasi Ladang Malaysia (SALM)
    • Buah diproses di kilang yang mengamalkan Amalan Pengilangan Baik (GMP) serta diluluskan oleh AQSIQ
    • Isi durian hendaklah disejukbeku pada suhu -30 C selam 30 minit, disimpan dan dieksport pada suhu -18C
 
  1. PROSEDUR DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 
    • Inbois
    • Packing List
    • Sijil Tempasal (Certificate of Origin) daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Permohonan Borang E secara Online melalui laman sesawang Dagang Net
    • Sijil Pengesahan Pemprosesan Isi Durian Sejuk Berku (dikeluarkan oleh pusat yang memproses)
    • Sijil Kesihatan daripada Jabatan Kesihatan
    • Sijil Fitosanitasi daripada Jabatan Pertanian
    • Mendaftar sebagai pengeksport dengan FAMA bagi permohonan Sijil Perakuan Pematuhan  3P (GPL)/(Certificate of Conformity) secara Online melalui www.e3p.fama.gov.my
    • Mendaftar sebagai pengeksport dengan MAQIS bagi permohonan Permit Eksport secara Online melalui epermit.dagangnet.com
  1. PUSAT- PUSAT PEMPROSESAN ISI DURIAN SEJUK BEKU
  • Pusat pemprosesan yang diluluskan sehingga 1 Januari 2015:
    pusat pemprosesan
 
  1. PEMBUNGKUSAN & PELABELAN
  • Saiz Pembungkusan : 400g/500g per kotak / bergantung kepada keperluan negara pengimport
  • Pembungkusan isi durian sejuk beku hendaklah menggunakan bahan pembungkusan yang baru dan bersih dan memenuhi syarat Fitosanitasi, keselamatan dan piawaian kebersihan yang ditetapkan oleh AQSIQ
  • Setiap pallet mestilah mempunyai perkataan berikut dalam bahasa Cina (For the People's Republic of China)
  • Setiap pallet mestilah mempunyai maklumat seperti berikut dalam Bahasa Inggeris dan Cina
    • Name of goods
    • Place and stste of production
    • Farm Code
    • Country of origin
    • Name and address of processing factory
    • Name and address of exporter
    • Date of packaging
    • Date of minimum durability
    • Net weight etc.

Contoh Pelabelan:

17 Ogos 2017 08:56 AM