makluman

** Halaman ini dalam proses pengemaskinian. Harap maklum.

LATAR BELAKANG

Bahagian Pembangunan Modal Insan berperanan merencana, mengkoordinasi, menyelaras dan melaksanakan program – program kepada warga kerja FAMA agar menjadi sumber manusia terlatih, kompeten dan berdaya saing dalam melaksana tugas. Selain itu, bahagian ini juga bertanggungjawab dalam menyediakan latihan, khidmat nasihat, bimbingan dan perundingan dalam ilmu pemasaran kepada kumpulan sasar seperti usahawan FAMA, usahawan agromakanan dan usahawan yang baru merancang untuk memulakan perniagaan agromakanan. Bahagian ini mempunyai dua cawangan iaitu cawangan latihan dan cawangan pendidikan pemasaran.

Selain daripada menyediakan khidmat latihan kepada golongan sasar dan warga FAMA, Bahagian ini juga menguruskan institut Latihan FAMA di Port Dickson dan Institut Latihan FAMA di Kota Bahru. Institut Latihan FAMA di Port Dickson menyediakan kemudahan tempat latihan seperti dewan seminar, penginapan, dewan makan dengan pakej-pakej kursus yang menarik manakala Institut Latihan FAMA di Kota Bahru menawarkan Kursus Pengajian berkaitan Pemasaran Pertanian berasaskan kemahiran (NATC).