agrobazaar online

PENGENALAN

  • Portal Agrobazaar Online merupakan satu program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) iaitu infrastruktur e-Dagang (e-Commerce) yang menjadi milik penuh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan diuruskan oleh FAMA. Ianya telah dilancarkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 5 Disember 2015 di Dataran Merdeka bersempena Sambutan 50 tahun penubuhan FAMA.
  • Platform Agrobazaar Online menyediakan pasaran baharu dan mampan untuk produk pertanian dengan mewujudkan satu komuniti perniagaan secara dalam talian bagi meningkatkan kualiti hidup komuniti.
  • Platform pemasaran maya produk pertanian dan agromakanan ini berjaya menemukan pengeluar, pengilang, pembekal dan pengguna secara serentak.
  • Ianya merangkumi komponen utama: Latihan, Khidmat Sokongan, Platform e-dagang, Pembangunan Komuniti, Rantaian Nilai Perniagaan Atas Talian Dan Luar Talian.
     

VISI

  • Menjadi e-pasaran produk agromakanan yang lestari dan berkembang maju untuk komuniti tempatan dan antarabangsa.
     

MISI

  • Menyediakan pasaran baru dan mampan untuk produk pertanian dengan mewujudkan satu komuniti agro-makanan atas talian bagi meningkatkan kualiti hidup komunitI.
     

OBJEKTIF

  • Menggalakkan pelibatan usahawan pemasar agromakanan Malaysia di dalam perkhidmatan digital,
  • Menyediakan ruang pasaran secara atas talian/ digital kepada usahawan pemasar agromakanan Malaysia untuk memasarkan produk keluaran mereka terus kepada pengguna,
  • Menyediakan akses untuk pengguna mendapatkan hasil pertanian dan produk agromakanan melalui pembelian atas talian serta
  • Meningkatkan pendapatan usahawan melalui luang pasaran baru secara atas talian.
     

KUMPULAN SASAR

  • Usahawan Pengedar dan Pemasar produk pertanian dan industri makanan
     

KELEBIHAN

  • Agensi kerajaan yang pertama terlibat dalam penyediaan platform e-Dagang.
  • Mempunyai aplikasi berasaskan teknologi digital dengan fungsi eDagang sepenuhnya.
  • Menawarkan sistem pembayaran dan penghantaran yang yang cepat dan lengkap.
  • Tiada sebarang yuran dan kos tersembunyi.
  • Maklumat urusniaga di kongsi sepenuhnya dengan usahawan.
  • Sistem penghantaran yang lengkap dengan kepelbagaian pilihan.
  • Agen pemasar disediakan dan diberikan Latihan “hands-on”.
  • Membantu dalam mempromosikan iklan dan publisiti secara percuma.
     


Last Update:
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.